24 Jun 2010

Israel tidak kemuka apapun rancangan bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza - UNRWA

Jurucakap rasmi United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East(UNRWA) di Gaza, Adnan Abu Hasanah menuduh Israel berbohong dengan pengumuman melonggarkan sekatan ke atas Gaza.

"Pengumuman Israel itu tidak dapat menyelesaikan apa yang diperlukan oleh UNRWA, maka Israel hanya bercakap pada permulaan, namun tidak menyentuh tentang rancangan melonggarkan sekatan", ujar beliau.

Jelas Adnan lagi sambil mempersoalkan tindakan Israel, 'hingga sekarang Israel hanya bercakap kosong, tidak ada penjelasan dan mekanisme sehinggakan pihak UNRWA tidak tahu bahan-bahan (barang-barang) yang dibenarkan masuk ke Gaza, juga termasuk bahan-bahan binaan dibenarkan atau tidak ke Gaza.'

Beliau menyatakan, semenjak serangan ke atas freedom flotilla, sebanyak 20 trak pengangkut hanya dibenarkan masuk ke Gaza dengan membawa barang yang sama tanpa ada penambahan.

Adnan Abu Hasanah berkata sedemikian kepada agensi berita Shourouk setelah selesai persidangan bertindak di Kaherah semalam yang diketuai Mesir.

Persidangan itu diadakan oleh Panel Penasihat kepada UNRWA di bawah PBB(UN) dihadiri wakil-wakil Negara penyumbang dari Amerika Syarikat(US), Kesatuan Eropah(EU) dan China. Negara-negara ini mewakili Negara besar yang memberikan bantuan kepada Palestin dan juga dihadiri beberapa buah Negara penyumbang yang lain: Arab dan barat.

UNRWA turut membangkitkan mengenai masalah kewangan yang dihadapinya dan rancangan masa hadapan. Hal tersebut diperbincangkan secara meluas antara Negara-negara penyumbang dan Negara yang menerima pelarian Palestin, antaranya Jordan, Syria dan Lubnan. Ketiga-tiga buah Negara Arab ini memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pelarian-pelarian Palestin di kem-kem pelarian tanpa diberikan bantuan kewangan.

Adnan Abu Hasanah turut mendedahkan bahawa Negara-negara Arab tidak menyelesaikan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Liga Arab dalam persidangannya. Jumlah nisbah sokongan kewangan Negara-negara Arab kepada pelarian Palestin sebanyak 7.5%, namun peruntukan Arab yang diberikan hanya 1.5%.

Beliau menambah, sumbangan peruntukan dari beberapa buah Negara barat turut berkurangan pada masa lalu berikutan krisis ekonomi global. Berikutan itu, permintaan dari UNRWA terus bertambah disebabkan kerosakan dan kehancuran dalam perang tahun lalu malah timbul permasalahan di Mukhayyam(kem-kem pelarian) Nahr-Al Barid di Lubnan. Sumber 24/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan