12 Jun 2010

Karikatur : Lagi bertambah syahid, cop 'sekatan' dan sekatan di Gaza

Lagi seorang penduduk Palestin syahid di dalam penjara Israel, sekaligus jumlah penduduk Palestin yang meninggal dunia dalam penjara Israel semenjak 1967 hingga sekarang meningkat ke angka 199. Allahyarham Muhammad Abdul Salam Abidin, 38 diumumkan meninggal dunia pada petang Khamis(10/06/2010). Jabatan Penjara Israel menyatakan, kematian berpunca dari tahanan terbabit yang mencekik diri sendiri di penjara Ramlah. Allahyarham ditangkap pada tahun yang lalu ketika Israel serang Gaza atas dakwaan melanggar dua anggota polis Israel.

Allahyarham bapa kepada lima orang kanak-kanak telah menjalani tahanan penjara di penjara Beer Sheeba, Ramoun, Askalan, Magedo dan Ramlah. Lebih menyedihkan, hingga sekarang keluarganya belum mendapat tarikh penerimaan jenazah untuk pengkebumian.

Sebuah Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan bagi membantu para tahanan menuduh Pihak Berkuasa Penjajah dan Jabatan Penjara Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Muhammad Abdul Salam Abidin di penjara Ramlah.

Kenyataan akhbar dari Jawatankuasa tersebut menyatakan, allahyarham yang semenjak ditahan tidak pernah menghidapi sebarang penyakit. Lantas, kematian tersebut menimbulkan tandatanya dan punca belum diketahui.

Berikutan itu, para tahanan dari gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI mengumumkan di penjara Naqab bahawa mereka telah mengadakan mogok lapar selama tiga berturut-turut yang bermula pada hari Jumaat, semalam sebagai bantahan kematian sahabat mereka iaitu Allahyarham Abdul Salam Abidin yang merupakan anggota gerakan HAMAS.

Jawatankuasa Tertinggi tersebut mendesak seberapa segera Pertubuhan Antarabangsa bagi menubuhkan sebuah delegasi doktor untuk melihat jenazah tersebut malah menyiasat sebab kematian ke atas allahyarham. Sumber berita dan karikatur, 11/06/2010 web berita Palestine48

Letakkan cop 'sekatan ke atas Gaza' di dahi umat Islam. Mungkin lucu tetapi hakikatnya wajar dilakukan sedemikian kerana masalah sekatan ke atas Gaza bukan sahaja dari Israel tetapi ada umat Islam yang turut terjebak mencekik saudaranya di Gaza.

Gaza masih dan sentiasa dalam sekatan penjajah. Lihatlah berapa banyak kecaman, kutukan, hujuman, dan sindiran-sindirian yang dihujani ke atas penjajah..namun keadaannnya tetap begitu.

Sumber karikatur Palestine48

Tiada ulasan:

Catat Ulasan