
Parti Likud yang berhaluan kanan di Israel telah bersepakat pada hari ini bagi meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat.
Gambar(Al-Jazeerah): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel selaku Presiden Parti Likud yang berhaluan kanan di Israel. Parti berhaluan kanan ini agak lebih 'keras' berbanding Parti Kadima(haluan kiri) yang mengetuai Kerajaan Israel pada sesi lepas. Pada sesi lepas, Ehud Olmert dari parti Kadima menjadi Perdana Menteri, namun menjelang pilihanraya Israel yang lalu, Olmert didakwa terlibat dalam 'rasuah' sekaligus mencemar personalitinya. Jawatan Olmert sebagai pengerusi parti Kadima diganti dengan Tsipi Livni, bekas Menteri Luar Israel. Hasil keputusan pilihanraya yang lalu, parti Kadima menang tipis namun Netanyahu telah membentuk 'campuran kuasa' dengan parti-parti lain. Lantas kuasa Kerajaan jatuh di tangan Netanyahu. Akhirnya, Presiden Israel, Shimon Peres menyerahkan mandat kepada Netanyahu untuk membentuk kerajaan yang ada sekarang ini.
Dalam kenyataan rasmi, parti Likud yang diketuai Benjamin Netanyahuitu berkata, jawatankuasa-jawatankuasa kepimpinannya telah sepakat sebulat suara meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat setelah tempoh pembekuan pembinaan itu berakhir pada 26 September 2010.
Dalam pungutan suara tersebut, Netanyahu tidak berada dalam pertemuan parti Likud.
Kenyataan rasmi itu menunjukkan ahli jawatankuasa pusat parti Likud menyokong pembinaan penempatan-penempatan Yahudi di seluruh tempat yang dinamakan "Israel Raya", tidak terkecuali kawasan-kawasan di Tebing Barat, Al-Quds, Naqab(Negev) dan Galilee.
Persepakatan itu dicapai meskipun Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengecam keras tindakan Majlis Perbandaran Al-Quds yang mendahului dengan merancang meroboh beberapa buah rumah Palestin di Timur Al-Quds.
Malahan, persepakatan itu juga menjelang pertemuan yang dinantikan pada bulan Julai akan datang antara Benjamin Netanyahu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Obama juga memperlihatkan pentadbirannya yang mengecam pembinaan penempatan Yahudi kerana diiktibarkan salah satu penghalang kepada usaha perdamaian.
Sebagaimana disebutkan, Netanyahu telah mengakui pada November tahun lepas bagi membekukan pembinaan penempatan Yahudi selama 10 bulan. Pembekuan itu ekoran tekanan dari Amerika Syarikat(US) yang mahu memudahkan usaha rundingan dijalankan semula dengan Pihak Berkuasa Palestin. Sumber 24/06/2010, web berita Al-Jazeerah
Pautan lain:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan