09 Jun 2010

Pejuang bertempur dengan penjajah di Gaza

03.51 petang, Mesir/Palestin : SARAYA AL-QUDS meletupkan peledak ke atas kereta kebal Israel di timur Khan Yunus.

Gambar dari rakaman operasi meletup kereta kebal 'Merkava' Israel.

03.53 petang, Mesir/Palestin : ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melepaskan tembakan secara bertubi-tubi ke arah sekumpulan tentera penjajah di Khuza'ah.

Peta selatan Semenanjung Gaza
Rujuk peta, google map. Bulatan yang berwarna oren adalah kedudukan sempadan Kissufim yang menghubungkan antara Gaza dengan tanah Palestin yang dijajah Israel 1948. Manakala, garisan berwarna merah pula menunjukkan arah pencerobohan jentera perang Israel ke Khuza'ah yang bernombor 11(hijau). Kedudukan bandar Khan Yunus adalah no.12(hijau). Dari bahagian bawah peta yang bulatan berwarna merah pula adalah sempadan Sufa yang menghubungkan Gaza dengan selatan tanah Palestin yang dijajah Israel.

Berita penuh:

KHAN YUNUS - Kumpulan pejuang Palestin dari SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah membuat pengumuman bahawa pihaknya meletupkan peledak ke atas kereta kebal Israel, jenis 'Merkava' di timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza pada petang tadi yang hampir memasuki waktu asar.

Arkib gambar(safa): Pejuang Palestin dari kumpulan SARAYA AL-QUDS.

Bagaimanapun, sumber Israel mengakui kejadian itu tetapi Israel mendakwa tidak ada berlaku sebarang luka parah dan kerosakan, menurut radio Israel.

Sementara itu, sebuah kumpulan pejuang Palestin yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN juga mengumumkan bahawa pejuang-pejuangnya telah melepaskan tembakan secara bertubi-tubi ke arah sekumpulan tentera penjajah di timur Khuza'ah yang terletak di bahagian tenggara Khan Yunus.

Awal pagi tadi, tentera penjajah telah menceroboh dengan skala terhad di timur Khan Yunus dan Rafah Gaza.

Saksi kejadian tersebut menyatakan, empat buah jentolak dan tiga buah jentera perang Israel telah menceroboh masuk ke Gaza sejauh 200 meter yang kedudukannya bertentangan dengan garisan sempadan antara Gaza dengan tanah Palestin yang dijajah 1948. Pencerobohan tersebut bermula dari pos kawalan tentera penjajah 'Kissufim' sehingga ke pos kawalan tentera 'Sufa' di timur Rafah.

Menurut saksi lagi, jentera-jentera perang Israel melepaskan tembakan secara rambang ke arah rumah-rumah serta tanah-tanah pertanian Palestin di kawasan yang diceroboh.

Sementara itu, beberapa buah jentera perang penjajah juga menceroboh timur Hayyu Zaitun di tenggara bandar Gaza. Sumber 09/06/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan