17 Jun 2010

Penjajah ceroboh Gaza, peladang Gaza parah

11.48 pagi, Mesir/Palestin : Tentera penjajah menceroboh dengan skala terhad di kawasan utara Semenanjung Gaza.

Sumber peta, google map. Nombor 7, hijau adalah kedudukan Bet Lahiya.

10.20 pagi, Mesir/Palestin : Artileri Israel melepaskan empat serangan peluru meriam di timur Khan Yunus.

10.01 pagi, Mesir/Palestin : Penjajah melepaskan tembakan secara bertubi-tubi ke arah para petani di utara Semenanjung Gaza.

Berita penuh:

KHAN YUNUS - Seorang peladang Palestin mengalami luka parah akibat terkena pengeboman tentera penjajah pagi tadi di tanah pertanian, kawasan Abu Taeimah, Abbasan, timur Khan Yunus.

Menurut saksi, artileri tentera Israel yang berada di dalam garisan sempadan melepaskan empat tembakan meriam ke arah kawasan berkenaan ketikamana para peladang/petani Palestin turun bekerja.

Sumber peta, google map. Bulatan berwarna merah adalah kedudukan Abbasan yang menjadi sasaran tembakan artileri penjajah.

Sumber perubatan menjelaskan bahawa peladang tersebut, Mahmud Barkah, 22 mengalami luka parah di kakinya dan telah dibawa ke hospital Naseer untuk menjalani rawatan.

Para petani di kawasan berkenaan terpaksa meninggalkan ladang kerana bimbang keselamatan mereka. Sumber 17/06/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan