30 Jun 2010

Penjajah tangkap Abu Teir

AL-QUDS, - Sumber berita yang melaporkan pada jam 04.42 petang, Palestin/Mesir, sepasukan unit polis Israel telah menangkap ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin, Muhammad Abu Teir(gambar) di jalan masuk bandar kecil Umm Tuba, selatan bandar Al-quds.

Abu Teir yang ditangkap polis Israel telah dibawa ke arah yang tidak diketahui, menurut saksi kejadian.

Bekas Menteri Al-Quds, Khalid Abu Arfah yang berkata kepada agensi berita, 'polis Israel telah menangkap Syeikh Abu Teir dan membawanya ke arah yang tidak diketahui dari Umm Tuba.'

Menurut Abu Arfah, menyatakan pasukan peguam sedang berusaha bagi mengetahui nasib Abu Teir yang diancam akan ditangkap sekiranya tidak mengikut ketetapan Israel yang membuangnya dari bandar Al-Quds berkuat kuasa pada 25 Jun. Sekarang, tidak tahu sama ada polis Israel akan menghalaunya dari Al-Quds atau tidak.

Propaganda media

Abu Arfah turut mengulas mengenai laporan terlalu pantas diterbitkan mengenai isu ahli-ahli parlimen dan usaha Mahmoud Abbas.

Beliau berkata, "Kami tidak akan menyerahkan kad pengenalan atau apa jua dokumen malah ketetapan Israel yang menghalau kami tidak dibatalkan. Apa-apa laporan media mengenai hal sedemikian adalah sebaliknya dan ia merupakan propaganda media." Berita ringkas, sumber 30/06/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan