01 Julai 2010

Delegasi Mesir tiba di Gaza

GAZA - Delegasi Mesir tiba di Gaza pada waktu tengahari tadi melalui sempadan Rafah Mesir dalam kunjungannya yang bersimpati dengan penduduk Palestin. Malah, kunjungan tersebut dalam ruang lingkup usaha bagi mematahkan sekatan Israel ke atas Gaza.

Kunjungan delegasi Mesir yang menggabungkan 30 anggota, 9 darinya adalah ahli parlimen dan beberapa ahli politik dari parti Al-Wafdu yang diketuai Said Badawi, Presiden Parti Al-Wafdu.

Speaker Majlis Legislatif Palestin, Dr. Ahmad Bahr mengalu-alukan kunjungan delegasi tersebut yang jelas menunjukkan hubungan yang kuat antara saudaranya Mesir dengan penduduk Palestin.

Sumber melaporkan, kunjungan tersebut mengambil masa selama sehari dan turut mengadakan persidangan bersama dalam Majlis Legislatif Palestin dan juga bertemu dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah.

Sebagaimana dijadualkan, delegasi Mesir turut mengadakan tinjauan ke beberapa kawasan yang musnah teruk kesan dari perang lalu dan sekatan Israel ke atas Gaza. Sumber 01/07/2010, web berita shehab.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan