RAFAH - Sumber melaporkan, beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh dengan skala terhad di Hayyu Nahdhah, timur Rafah, selatan Gaza pada waktu asar tadi. Dalam pencerobohan itu, jentera perang Israel turut melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.
Agensi berita menjelaskan bahawa tiga buah jentera perang Israel mengiringi dua buah jentolak sejauh 200 meter ke dalam tanah penduduk Gaza yang setentang dengan garisan sempadan.
Sebagaimana dijelaskan, jentera perang Israel yang menceroboh ke timur Rafah telah melepaskan tembakan ke arah beberapa buah rumah penduduk Gaza yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Namun, sumber tidak pula melaporkan wujudnya sebarang kecederaan mahupun luka parah di kalangan penduduk Gaza tetapi dalam masa yang sama, jentolak-jentolak Israel menjalankan operasi meratakan tanah dan menjalankan pengesanan di kawasan berkenaan. Sumber 23/07/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan