AN-NASIRAH, - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dengan Omar Sulaiman, Ketua Bahagian Perisikan Mesir yang dijadualkan lokasi pertemuan di Tel-Aviv, namun belum diumumkan masa dan hari pertemuan itu.
.jpg)
Menurut laman web berita 'Ma'arev' Israel berbahasa hebrew(Ibrani), Menteri Luar Israel(kiri) menghubungi Omar Sulaiman(kanan) pada waktu tengahari tadi. Dalam perbualan telefon, Lieberman mengucapkan terima kasih kerana peranan Mesir yang cukup besar dalam hubungan kerjasama dengan Israel. Tambahan pula, berkaitan dengan kapal 'Amal' Libya yang mahu memecahkan sekatan di Gaza.
Kapal 'Amal' Libya telah memunggahkan barang-barang bantuan di pelabuhan 'Arish, Mesir pagi Khamis setelah penjajah memaksanya mengubah laluan.
Ketika perbualan, Lieberman berkata, 'hubungan kerjasama antara Israel dengan Mesir amat baik kerana telah memberikan kesan yang memberansangkan dengan perubahan arah tuju kapal Amal ke pelabuhan 'Arish tanpa menggunakan sebarang kekerasan dan wujud sebarang kecederaan.'
Ma'arev menyatakan, Menteri Luar Israel memaklumkan kepada Omar Sulaiman mengenai intisari dasar polisi yang baru terhadap Semenanjung Gaza seiring dengan keputusan melonggarkan sekatan ke atas Gaza. Kemudian, kedua-dua pihak bersetuju mengadakan pertemuan di Tel-Aviv.
Berita mengenai pertemuan kali kedua antara dua pihak telah diuar-uarkan, sebagaimana dalam perjumpaan yang lalu di Al-Quds, kedua-dua pihak telah bertemu bagi menyelesaikan perselisihan berhubung konflik yang menjejaskan hubungan antara Mesir dengan Israel disebabkan kenyataan-kenyataan Lieberman.
Tambah lagi, Avigdor Lieberman juga tidak mendapat penghormatan malah tidak dialu-alukan berkunjung ke Mesir sepertimana Menteri-menteri penjajah yang lain. Hal tersebut sebagai balas kenyataan Lieberman yang secara langsung mensasarkan peribadi Presiden Mesir, Housni Mubarak pada tahun lalu, Lieberman berkata, 'pergi mampus Mubarak, jika dia sendiri tidak bersusah-payah berkunjung ke Israel.'
Sehinggalah sebelum menjawat Menteri Luar Israel, Lieberman menimbulkan lagi kemarahan penduduk Mesir dengan kenyataannya, 'Israel boleh sangat mengebom empangan Aswan jika berlaku perang dengan Mesir.'
Berhubung dengan kenyataan tersebut, pemimpin-pemimpin penjajah telah memohon maaf kepada Mesir. Sumber 15/07/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan