
RAFAH - Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan dua tahanan dari gerakan JIHAD ISLAMI Palestin yang ditahan dalam penjara Mesir sejak beberapa bulan yang lalu.
Sumber khas yang memaklumkan kepada agensi berita menyatakan dua tahanan yang dibebaskan; Talal Abd 'Al dan Ahmad Hujjaj telah tiba di Gaza melalui sempadan Rafah. Dijelaskan lagi, Pihak Berkuasa Mesir telah memudahkan pembebasan kedua tahanan tersebut setelah ditahan selama dua bulan dalam penjara Mesir.
Dua minggu yang lalu, Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan dua tahanan gerakan JIHAD ISLAMI, iaitu Hamzah Humaid dan Ubaidah Al-Gharably, namun hampir 10 lagi tahanan dari gerakan JIHAD ISLAMI dikurung dalam penjara-penjara Mesir.
Perkembangan terbaru yang disebut, bahawa delegasi gerakan JIHAD ISLAMI diketuai Nafeez Azam telah berkunjung ke Kaherah dua bulan yang lalu bertujuan membincangkan beberapa isu dan permasalahan yang berkaitan antara JIHAD ISLAMI dengan Mesir, dan isu yang utama adalah berkenaan isu tahanan. Sumber 16/07/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan