01 Julai 2010

Netanyahu setuju bebaskan 1000 tahanan Palestin

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima persetujuan yang ditawarkan oleh perantara Jerman dalam permasalahan rundingan penukaran tawanan-tahanan dengan HAMAS. Persetujuan yang dinyatakan oleh Netanyahu meliputi 1000 tahanan Palestin dengan tentera Israel, Gilad Shalit. Tetapi Netanyahu menegaskan tahanan Palestin yang disifatkan seumpama 'orang yang menimbulkan bahaya dan kerosakan' tidak boleh kembali ke Tebing Barat setelah dibebaskan dari penjara Israel. Malah Netanyahu turut membantah membebaskan tahanan Palestin yang disifatkan telah melakukan bahaya yang cukup besar.

Berikutan itu, Netanyahu berkata pihaknya tidak menerima lagi jawab balas dari HAMAS.

"Saya memutuskan bahawa saya menerima cadangan baru dari pihak perantara Jerman yang meliputi 450 nama yang membuat kerosakan sepertimana senarai nama yang disiarkan oleh HAMAS", ujar Netanyahu.

Netanyahu berkata, "cadangan yang kami persetujui kepada perantara Jerman bahawa kami akan membebaskan 1000 orang pembuat kerosakan dan jumlah ini adalah bagi menjamin Gilad Shalit pulang ke rumah."

Tambah Netanyahu lagi, "saya nyatakan setuju kepada rundingan ini dan sedia dilaksanakan sekarang tetapi ada harga yang kami tidak boleh terima kerana tidak sesuai sebagaimana yang dicadangkan."

Berikutan itu, Netanyahu berkata, "saya amat berharap dokumen rundingan ini berjaya, tetapi dengan dua asas."

Netanyahu menyebut asas pertama, iaitu mereka-mereka yang bahaya tidak akan kembali lagi ke Tebing Barat setelah dibebaskan.

HAMAS jawab kenyataan Netanyahu

Berikutan itu, Aiman Taha, jurucakap gerakan HAMAS menjawab kenyataan Netanyahu yang disifatkan telah menyingkap krisis dalaman yang dilalui oleh Netanyahu dan rundingan penukaran Shalit masih tidak berubah dan pihak utama yang menggagalkan rundingan adalah Kerajaan Israel.

"Kenyataan Netanyahu hanyalah untuk memperdaya pandangan umum Israel yang sedang marah dan mendesak supaya rundingan penukaran ini berjaya", tambah Aiman lagi, "dari sudut lain, Netanyahu memperdaya masyarakat Israel dengan melepaskan dirinya dan menuduh HAMAS yang bertanggungjawab."

"Saya mahu katakan bahawa melalui kenyataan Netanyahu, beliau telah bersetuju dengan jumlah 1000 tahanan Palestin yang akan dibebaskan", jelas Aiman lagi, "sebenarnya, masalah yang berlaku bukannya di sudut jumlah bilangan tetapi nama-nama tahanan yang berhadapan dengan pengusiran."

Beliau menjelaskan, HAMAS telah mengemukakan 450 nama tahanan Palestin supaya dibebaskan tetapi sebahagian besar dari nama-nama tersebut telah dibantah oleh zionis. Sumber 01/07/2010(9.00 malam, Mesir/Palestin), berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan