
BET LEHEM - Sumber melaporkan, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) akan bertemu dengan Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Jordan, Raja Abdullah II di pejabat pentadbiran Kerajaan Mesir di Heliopolis, Misr Al-Jadid yang terletak di timur Kaherah.
Gambar(arkib): Kanan, Mahmoud Abbas, tengah, Muhammad Housni Mubarak dan kiri Raja Abdullah.
Agensi berita Palestin 'Wafa' dan 'maan' menyebut bahawa Presiden Abbas akan mengemukakan dalam pertemuan tiga penjuru hasil kunjungan George Mitchell, utusan damai Amerika Syarikat di Timur Tengah ke Ramallah baru-baru ini.
Pertemuan tersebut turut akan membincangkan mengenai proses usaha damai dan permulaan untuk rundingan damai secara langsung. Di samping itu, beberapa isu lain seperti pemulihan dalaman Palestin yang diurus selia Mesir serta hubungan dua hala Palestin-Mesir.
Penasihat politik Presiden Palestin yang mengumumkan persidangan tiga penjuru menjelaskan bahawa persidangan ini akan membincangkan pelawaan untuk memulakan rundingan damai secara langsung Palestin-Israel serta persediaan, malah bertukar-tukar pandangan dan menyelaras isu yang berbagai-bagai khususnya yang berkaitan dengan usaha perdamaian.
Namr Hamad berkata, Mitchell akan pulang ke Washington tetapi pembantunya akan terus berada di rantau ini menanti jawab balas mengenai beberapa penjelasan.
Baca lagi:
Penasihat politik Presiden Palestin menjelaskan bahawa pertemuan persidangan tiga penjuru yang berlangsung pada esok hari adalah bagi penyelarasan yang berterusan antara pemimpin Palestin dengan saudara Arab. Sumber 11/08/2010, web berita maannews.net dan web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan