
Berikut adalah analisis yang disasarkan ke atas 100 koresponden di kalangan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir ketika pameran KEKAL’10 sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan pada 3 -5 Ogos 2010.
Analisis pendapat di atas berpandukan kepada soalan, sumber berita melaporkan, rundingan damai secara langsung akan diadakan semula antara perunding Palestin di Ramallah dengan pihak Zionis. Anda yakin hak-hak Palestin akan tercapai dengan jalan rundingan ini?
Merujuk kepada carta di atas, sebanyak 76% koresponden menyatakan tidak yakin hak-hak Palestin akan tercapai dengan jalan rundingan ini. Manakala, 14% dari jumlah koresponden memberikan jawapan mungkin tercapai.
Situasi ini dapat dilihat dalam rundingan damai secara tidak langsung antara Palestin di Ramallah dengan pihak penjajah melalui pihak tengah, iaitu George Mitchell selaku utusan damai Amerika Syarikat di Timur Tengah.
Rundingan damai secara tidak langsung seiring dengan keputusan Israel yang membekukan pembinaan penempatan Israel sehingga bulan September, namun Israel kerap kali mengumumkan pembinaan unit perumahan yang baru.
Sehingga kini, Israel mendesak agar rundingan damai secara tidak langsung berpindah ke rundingan secara langsung. Berikutan itu, Amerika Syarikat turut menyokong agar Palestin mengadakan rundingan secara langsung dengan Israel. Bagaimanapun, Palestin di Ramallah menyatakan tidak akan mengadakan semula rundingan secara langsung selagimana tidak ada perkembangan yang baik dalam rundingan secara tidak langsung. Malah perlunya sandaran yang kukuh bagi mengadakan rundingan damai secara langsung.
Dari pihak kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin yang lain, seperti HAMAS dan JIHAD ISLAMI telah memberi amaran supaya tidak mengadakan rundingan damai secara langsung malah membatalkan rundingan damai secara tidak langsung dengan Israel.
Disediakan oleh:
Komuniti Mini-Pavilion, ‘From Palestine With Love’(MAP)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan