Berita semalam:
GAZA - Sumber dari web berita 'safa' melaporkan bahawa beberapa buah pesawat tempur penjajah telah melancarkan beberapa serangan di Gaza. Serangan tersebut mensasarkan beberapa buah kawasan yang berlainan, namun sehingga kini tidak ada laporan mengenai luka parah di kalangan penduduk Gaza.
Menurut sumber dari bandar Rafah, 'beberapa buah pesawat Israel jenis F-16 telah mengebom dua buah terowong bawah tanah, di kawasan "الجرادات" dan sebuah lagi kawasan di Hayyu Salam, timur Rafah.'
Selain itu, pesawat tempur penjajah turut membedil sebuah bangunan milik pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS di Muharrarah 'تل قطيف' berdekatan tempat perusahaan gandum di Der Balah, pertengahan Gaza.
Jelas laporan lagi, pesawat Israel melancarkan dua lagi serangannya ke atas sebuah kawasan terbuka yang bertentangan dengn sebuah kilang dan berhampiran dengan sebuah tapak pelupusan sampah, timur Hayyu zaitun, bandar Gaza.
Berikutan itu, dilihat pesawat-pesawat perang penjajah terus meninjau secara kerap di ruang udara Gaza.
Catatan masa serangan penjajah:
10.09 malam, Palestin/Mesir: Serangan udara Israel ke atas sebuah terowong bawah tanah di sebuah kawasan di Rafah.
10.15 malam, Palestin/Mesir: Bangunan milik pejuang Al-Qassam menjadi sasaran serangan Israel.
10.25 malam, Palestin/Mesir: 2 serangan Israel di Hayyu Zaitun.
11.10 malam, Palestin/Mesir: Israel menyerang lagi sebuah terowong bawah tanah di Rafah.
Sebelum itu, pada pagi Selasa, 2 tentera Israel mengalami luka parah dalam serangan roket 'hawn' yang dilepaskan pejuang Palestin berdekatan pagar keselamatan yang memisahkan timur bandar Khan Yunus dengan tanah Palestin jajahan 1948(Israel). Sumber 17/08/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan