02 Ogos 2010

Lebih 30 cedera dalam letupan di pertengahan Gaza

Lebih dari 30 penduduk Gaza di Deir Balah mengalami kecederaan dalam satu letupan yang berlaku di sebuah rumah komander KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS.

Sumber berita safa melaporkan bahawa peningkatan jumlah kecederaan dikalangan penduduk Gaza terus meningkat ke 35 orang mangsa dalam letupan terbabit.

Pengerusi Am bantuan cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain ketika dihubungi melalui telefon menyifatkan keadaan penduduk Palestin yang cedera ada yang tahap ringan dan pertengahan, namun ada seorang mangsa yang mengalami luka parah di tahap kritikal dan telah dimasukkan ke bilik pembedahan di hospital 'Syuhada Al-Aqsa' untuk menyelamatkannya.

Sumber menjelaskan, rumah pejuang Al-Qassam tersebut hancur musnah serta 12 buah rumah yang berjiran turut mengalami kerosakan.

Web berita safa.ps dan Al-Jazeerah melaporkan dari sumber Palestin bahawa letupan tersebut berpunca dari serangan pesawat tentera Israel tetapi tentera Israel menafikan sebarang kaitan dengan letupan itu.

Sementara itu, sumber dari berita Al-Jazeerah menyatakan sebelum letupan, beberapa buah pesawat tempur Israel kelihatan mengadakan tinjauan secara kerap di ruang udara Gaza.

Memetik sumber dari HAMAS menyatakan komander Al-Qassam berkenaan terselamat dari letupan.

Dinyatakan lagi, letupan ke atas rumah milik keluarga '
الدنف
' komander Al-Qassam ketikamana peningkatan serangan Israel. Hal tersebut turut dimaklumkan oleh pemimpin HAMAS dalam kenyataan akhbar yang mengingatkan tentang gelombang tentangan yang baru dari pihak penjajah.

Setelah kejadian letupan, sebahagian besar unit keamanan Palestin dan pasukan bantuan cemas serta bomba bergegas ke tempat kejadian. Sumber 02/08/2010, web berita Al-Jazeera dan web berita safa.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan