
AL-QUDS, - Sumber dari radio penjajah menyebut bahawa utusan damai Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mitchell akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di bandar Al-Quds hari ini.
Gambar: George Mitchell
Selepas pertemuan dengan Netanyahu, Mitchell dijadualkan akan menuju ke Ramallah bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS).
Setelah bertemu dengan kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel, Mitchell dilaporkan akan pulang ke Washington pada hari rabu.
Radio penjajah menyatakan perbincangan Mitchell dalam pertemuannya dengan Netanyahu dan Abbas akan tertumpu kepada usaha yang mendorong untuk mengadakan rundingan damai secara langsung antara dua belah pihak, Israel-Palestin. Sumber 10/08/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan