16 Ogos 2010

Tentera Israel diserang di timur Khan Yunus

KHAN YUNUS - Sekumpulan pejuang Palestin Gaza menyerang jentera perang Israel yang sedang berkawal pada waktu asar di garisan sempadan berhampiran pintu masuk As-Suraij, timur Wilayah Khan Yunus, selatan Gaza.

Menurut agensi berita safa, pejuang Palestin menyerang jentera perang Israel dengan roket RPG, diikuti berbalas tembakan dengan bertubi-tubi.

Sebaik kejadian itu berlaku, empat buah kereta kebal dan dua buah jentolak Israel menceroboh ke dalam tanah Gaza dengan skala terhad serta menjalankan operasi merata tanah dan mengesan.

Sehingga kini, menurut sumber tidak ada mana-mana pihak pejuang Palestin mengumumkan terlibat dalam pertempuran tersebut, dan juga tidak dijelaskan sama ada jentera perang Israel musnah atau tidak. Sumber 16/08/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan