Berita semalam, 23/08/2010:
GAZA - Pihak Berkuasa Penjajah telah membuat keputusan pada hari Isnin bagi membuka sebahagian laluan masuk di dua perlintasan, Al-Mintar dan Karem Abu Salem(Kerem Shaloum) kepada puluhan buah trak bantuan dan sumber bahan api ke Gaza.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelerasan kemasukan barang ke Gaza, Raed Futuh telah memberi keterangan bahawa penjajah akan membenarkan kemasukan sekitar 180-190 buah trak dengan muatan barang bantuan dan barang-barang sektor komersial serta sektor pertanian ke Gaza melalui perlintasan Karem Abu Salem.
Beliau turut menyatakan, sedikit dari bahan yang terdiri dari gas masak dan solar akan dipam masuk melalui perlintasan Karem Abu Salem bagi menghidupkan(operasi) stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza.
Raed Futuh menyatakan bahawa perlintasan(laluan)Karni yang terletak di timur Gaza akan dibuka bagi kemasukkan 120 buah trak dengan muatan gandum dan makanan ternakan. Ekoran dari pembukaan laluan tersebut, sumber menunjukkan jumlah pada minggu ini, sebanyak 156 buah trak telah berjaya masuk, di antaranya 40 buah trak untuk bantuan sektor pertanian malah 153 tan gas masak serta 154 ribu liter solar turut dipam masuk ke Gaza.
Berhubung dengan sekatan, penjajah Israel terus-menerus mengenakan sekatan sejak 4 tahun yang lalu ke atas Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, Israel hanya membenarkan sebahagian jenis barang-barang yang diperlukan masuk ke Gaza tetapi melarang dari membawa masuk bahan-bahan binaan ke Gaza. Sumber 23/08/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan