
AN-NASIRAH, - Menteri Perang(Pertahanan) Israel, Ehud Barak menukilkan bahawa untuk mencapai persepakatan damai dengan Palestin memerlukan ketetapan yang berani dari Kerajaan Israel ketika mengadakan rundingan damai secara langsung(bersemuka) dengan Pemerintah Palestin yang dijadualkan diadakan semula pada minggu hadapan.
Gambar(arkib safa): Ehud Barak, Menteri Perang Israel.
Memetik dari sebuah akhbar Israel 'Maarev' versi hebrew yang menukilkan kenyataan Barak ketika menyambut kunjungan Utusan Damai Kuartet Antarabangsa Timur Tengah, Tony Blair di Tel-Aviv, katanya, "rundingan akan bermula pada minggu hadapan di Washington, kami semua akan pastikan ini adalah peluang yang sebenar untuk beranjak lebih ke hadapan."
Tambah Barak, "pihak Israel bersedia memutuskan beberapa ketetapan yang berani ketika rundingan bagi menjamin kepentingan kepada keamanannya, demikian itu, kami harap pihak lain - Pemerintah Palestin - juga bersedia memutuskan sebarang ketetapan yang berani bersama-sama kami agar dapat mengorak lebih ke hadapan dalam ruang lingkup perdamaian."
Kunjungan Tony Blair ke Tel-Aviv dialu-alukan oleh Ehud Barak. Berikutan itu, kunjungan sebegini juga termasuk dalam usaha antarabangsa bagi mewujudkan perjanjian persepakatan penyelesaian antara Palestin dengan Israel.
Sebagaimana dijadualkan, rundingan damai secara langsung antara Israel dan Palestin akan diadakan pada 2 September akan datang di Washington setelahmana diundang oleh Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Kuartet Timur Tengah. Sumber 24/08/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan