10 Ogos 2010

Pertemuan Abbas dengan Mitchell tanpa sebarang keputusan

BET LEHEM - Badan Rundingan PLO, Dr.Saeb Arekat berkata, pertemuan yang menemukan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) dengan George Mitchell, utusan damai Amerika Syarikat di Timur Tengah yang berlangsung di pusat pentadbiran Palestin, Ramallah tidak ada keputusan.

Beliau menyatakan, pertemuan antara kedua belah pihak telah membincangkan secara mendalam dan ada yang positif tetapi tidak mencapai kata sepakat.

Dr.Saeb Arekat dalam kenyataannya kepada wartawan-wartawan bahawa kunci untuk memulakan rundingan damai secara langsung ada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sebagaimana dinyatakan(kunci), iaitu sebaik sahaja Netanyahu mengumumkan komitmennya untuk menghentikan pembinaan penempatan Israel dan menerima gagasan penubuhan dua buah Negara sebagai penyelesaian konflik.

Demikian menurut Arekat, rundingan damai secara langsung akan bermula dengan seberapa segera.

"Hal ini bukan syarat-syarat Palestin, akan tetapi ia adalah komitmen yang wajib ke atas Kerajaan Israel mengikut persepakatan yang ditandatangi", kata Perunding Palestin.

Jelas beliau lagi, "kami bukannya menentang rundingan damai secara langsung tetapi kami mahu ia diadakan mengikut jadual masa dan perlaksanaan yang ditetapkan, sepertimana Israel mesti menghentikan projek penempatannya yang turut merangkumi kawasan di Al-quds serta menerima gagasan penubuhan dua buah Negara dengan sempadan 1967 dan juga menerima perkara yang telah disepakati."

Katanya lagi, pihak Palestin telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan pentadbiran Rusia dan boleh dilihat melalui surat yang telah disampaikan oleh Menteri Luarnya kepada Presiden Abbas, malah Abbas turut menghubungi beberapa pihak berautoriti dalam Kesatuan Eropah(EU), juga turut menghubungi Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon. Begitu juga, Abbas turut menghubungi seluruh saudara Arab.

Tambah Dr.saeb Arekat lagi, pihak Palestin terus berusaha bagi mencapai penyelesaian secara adil yang boleh membantu untuk mengadakan rundingan secara bersungguh-sungguh mengikut jadual masa yang ditetapkan dan kesemua agenda yang merangkumi kedudukan penyelesaian kemuncak(permasalahan penyelesaian kemuncak).

"Para pemimpin Palestin akan berterusan menghubungi kesemua pihak antarabangsa dan saudara Arab kerana di penghujung usaha ini kami berusaha mendapatkan perdamaian yang adil dan berpanjangan di rantau ini, tambahan pula bersandarkan kepada inisiatif damai Arab akan membawa kepada pengunduran Israel ke sempadan 1967 dan penubuhan Negara Palestin merdeka yang beribu Negaranya adalah timur Al-Quds malah dapat menyelesaikan kesemua permasalahan penyelesaian kemuncak", ujar Arekat.

Dari pihak US, senator George Mitchell berkata, pentadbiran Amerika Syarikat percaya dengan perdamaian yang akan tercapai antara kedua belah pihak, Palestin-Israel malah perdamaian secara sempurna turut juga tercapai antara Israel, Lubnan, dan Syria sebagaimana mengikut pandangan Presiden Barack Obama yang mahu penyelesaian secara sempurna.

Tambah Mitchell lagi, 'kami amat harap tercapainya idea penubuhan Negara Palestin sebagai sebahagian dari penyelesaian penubuhan dua buah Negara yang kami iktibarkan ia adalah satu-satunya jalan penyelesaian.'

Senator US berkata lagi, 'kami sentiasa meneruskan usaha kami meskipun wujud kesulitan yang dihadapi pada masa lalu dan turut dihadapi juga pada masa akan datang kerana kami yakin bahawa yang sedemikian itu adalah untuk kepentingan masyarakat di rantau ini.'

Mitchell menyifatkan pertemuannya dengan Presiden Abbas serta anggota-anggota pemimpin Palestin membincangkan secara terang-terangan. Sumber 10/08/2010, web berita maan dan safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan