29 Ogos 2010

Projek pembinaan tidak pernah dibekukan - Yishai

[ Laporan dari media Israel ]

Yishai(gambar) memberitahu kepada akhbar harian 'Shas' pihaknya telah menjelaskan pendirian Israel kepada Amerika Syarikat(US) mengenai perancangan dan usaha merancakkan lagi kerja-kerja dan projek pembinaan penempatan Yahudi di ibu kota, Al-Quds.
_________________________

Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yishai membuat penjelasan pada hari Khamis lalu bahawa Israel tidak bersetuju untuk membekukan kerja-kerja pembinaan di Jerusalam(Al-Quds).

Tidak ada dan tidak pernah membekukan kerja-kerja pembinaan di Jerusalam, dan tidak akan pernah berlaku pembekuan itu di sana.”

Yishai berkata lagi, pernah wujud ketegangan dengan pentadbiran US ketika kunjungan Naib Presiden US, Joe Biden ke Israel pada Mac lalu dalam masa yang sama 1,600 unit perumahan yang baru telah diluluskan pembinaannya di timur Jerusalem.

Yishai yang mengetuai parti Shas ultra-ortodoks, memberitahu akhbar bahawa isu tersebut tidak akan dibangkitkan semasa kunjungan pegawai senior Amerika ke Israel nanti.

Menteri Dalam Negeri itu turut mengungkapkan hasratnya mahu merancakkan lagi perancangan dan pembinaan di seluruh tanah Israel terutamanya di Jerusalam. Jelas Yishai, penduduk Israel di bandar itu mengalami krisis penempatan yang serius serta memaksa mereka meninggalkan bandar tersebut.

Kami akan terus membina penempatan di seluruh tempat di tanah air Yahudi ini. Berhubung hal ini, pengesahan itu telah dibuat kepada kawan-kawan dan sekutu kami, Amerika”, kata Yishai.

Tambah Yishai bahawa pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Perancang dan Pembinaan Jerusalem untuk berkumpul selepas beberapa kali sesi penangguhan bagi membincangkan pembaharuan kerja-kerja pembinaan di Wilayah Arab Shoafat(Shu'fat).

Kenyataan Yishai ini dikeluarkan sehari selepas Jabatan Luar Negara US memberi amaran kepada penduduk Palestin dan Israel agar tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh membangkitkan ketegangan di Jerusalem.

Sepertimana yang telah kami katakan, jika ada mana-mana pihak mengambil tindakan semasa rapat umum yang kami adakan, kami akan bertindak untuk menahan mereka yang bertanggungjawab dan akan memastikan rundingan itu terus berjalan," kata seorang wakil daripada Jabatan Luar Negeri.

Pihak Jabatan Luar Negeri menegaskan pendirian US ke atas Jerusalem dan menyatakan kepatuhan mereka semasa rundingan tidak lansung antara Palestin dan Israel mencapai kemajuan.

Dasar kami berhubung Jerusalam tidak akan berubah. Status Jerusalam adalah satu isu yang sepatutnya diselesaikan dalam rundingan status kekal antara pihak-pihak tertentu. Hal ini adalah untuk menegaskan kepentingan yang bakal mewujudkan kemajuan, kesannya dapat meneruskan lagi perbincangan bagi membolehkan pihak-pihak terbabit berpindah kepada rundingan secara bersemuka. Berikutan itu, permasalahan dalam setiap hal berkenaan dan isu lain dapat diselesaikan sekaligus," kata pegawai US. Sumber 29/08/2010, web berita Haaretz.com(Israel)

Pihak MAP mohon maaf, jika entri terkini, kami memuatkan laporan penuh dari sebuah media Israel menimbulkan ketidakpuasan hati. Tiada niat untuk menyentuh sensitiviti kita semua, akan tetapi ia berkait dengan rundingan damai secara bersemuka yang akan diadakan semula antara Israel dengan kumpulan perunding Palestin Ramallah yang mendapat tentangan kuat dari dalaman Palestin agar tidak meneruskan rundingan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan