04 Ogos 2010

Seorang pejuang syahid, 2 parah dalam pengeboman Israel di Khan Yunus

KHAN-YUNUS, - Seorang pejuang Palestin telah syahid, manakala dua lagi parah dalam pengeboman artileri(meriam) Israel yang mensasarkan kumpulan pejuang tersebut di timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza awal pagi ini, lapor pada jam 12.29 pagi.

Menurut agensi berita safa.ps menjelaskan bahawa artileri penjajah melepaskan dua serangan misil ke atas sebuah kumpulan pejuang 'pengawal Al-Aqsa' dari gerakan FATAH di kawasan As-Sanuti yang menghubungkan antara dua bandar kecil Abasan dan Khuza'ah, timur Khan Yunus.

Sumber perubatan dari hospital Naseer di bandar Khan Yunus berkata kepada berita 'safa' bahawa pejuang yang syahid itu dikenali Sharif Abdul Hadi Badir, 24 berasal dari projek perumahan Hayyu Amal di Khan Yunus. Sumber turut menyifatkan keadaan salah seorang pejuang yang mengalami luka parah itu 'kritikal' dan seorang lagi agak ringan. Sumber 04/08/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan