27 Ogos 2010

Seorang terkorban terowong runtuh

RAFAH - Seorang pemuda Palestin, Naseer Imran, 24 bertarung dengan nyawa pagi ini apabila sebuah terowong bawah tanah yang terletak di sempadan Palestin-Mesir, selatan Gaza runtuh.

Gambar(arkib safa): Antara lubang terowong bawah tanah bagi membekalkan makanan dan keperluan Gaza.

Menurut pemberita dari agensi berita 'Safa' bahawa Imran terkorban dalam terowong bawah tanah setelah blok batu pasir runtuh ke dalam lubang terowong tempat mangsa bekerja di kawasan 'الجرادات', timur Rafah.

Sumber menyatakan, sebaik sahaja kejadian runtuhan, beberapa orang pekerja dalam terowong bertindak mengeluarkan mangsa dengan bantuan pasukan penyelamat dari unit bomba yang bergegas ke tempat kejadian.

Gambar(arkib): Awal 2008, tembok keluli atas tanah yang diruntuhkan oleh Palestin bagi mengurangkan derita yang dihadapi berikutan sekatan zalim dari Israel. Kelihatan penduduk Palestin Gaza berpusu-pusu keluar ke Mesir bagi mendapatkan bekalan asasi.

Penjajah telah mengenakan sekatan yang amat dahsyat ke atas Semenanjung Gaza sejak empat tahun yang lalu, malah penjajah tidak membenarkan kemasukan keperluan dan bekalan asasi serta menutup laluan perlintasan(sempadan). Namun, adakalanya laluan perlintasan dibuka bagi kemasukan barangan ke Gaza tetapi tidak mencukupi bagi mengatasi kesengsaraan akibat sekatan yang dikenakan. Berikutan itu, hal terbabit mendorong penduduk Gaza mengorek beratus-ratus buah terowong bawah tanah di bawah garisan sempadan Rafah Gaza dan Rafah Mesir bagi membekalkan barangan masuk ke Gaza.

Sesetengah kejadian terowong bawah tanah yang runtuh juga disebabkan operasi yang dijalankan oleh Pihak Keamanan Mesir dan tentera penjajah, sekaligus turut mencatat sejumlah mangsa di kalangan pekerja terowong yang terkorban dan mengalami luka parah. Sumber 27/08/2010, web berita safa.ps

Berita semalam:

1. Gerakan HAMAS Iraq dalam kenyataan rasminya menyebut bahawa dengan pengunduran sejumlah besar tentera Amerika dari Iraq seperti yang diumumkan adalah merupakan peluang kepada Iraq untuk memulihkan keadaan masyarakatnya. Sumber 26/08/2010, berita Al-Jazeerah

Berita berkait sekatan Gaza:

Tele-hayat Gaza kekal
Tembok keluli berjaya ditembusi

Sumber dari 'Safa' menerbitkan liputan khas mengenai tembok pemisah bawah tanah yang dibangunkan oleh Mesir bagi menghalang penyeludupan barang-barang ke Gaza.

Laporan tersebut menyebut bahawa sebilangan dari pemilik terowong bawah tanah berupaya menembusi tembok keluli yang merentangi garisan sempadan dari bawah tanah, Gaza-Mesir.

Gambar sebelah(arkib): Tembok keluli yang dibina atas tanah merentangi sempadan Mesir telah diruntuhkan oleh Palestin pada awal 2008 berikutan sekatan Israel yang terlampau zalim. Ratusan ribu penduduk Gaza keluar dari Gaza untuk mendapatkan makanan dan keperluan asasi, kemudian mereka pulang semula ke Gaza.

Agensi berita 'Safa' turut memperolehi beberapa rakaman gambar yang diterbitkan kali pertama. Dinyatakan, pekerja terowong bawah tanah dapat menembusi tembok keluli dengan menggunakan peralatan lama bagi mengembalikan terowong bawah tanah yang dibentengi keluli beroperasi semula.

Gambar(safa): Seorang pekerja menunjukkan kepingan keluli yang berjaya ditembusi.

Sebagaimana dicatatkan, Kerajaan Mesir menjalankan projek pembinaan tembok keluli pada awal Disember 2009 di sepanjang sempadan Palestin-Mesir, sepanjang 10 kilometer yang mempunyai kedalaman sejauh 30 meter bawah tanah. Manakala, dari sudut kos bina tembok keluli mencecah USD 2 bilion.

Di bahawa adalah beberapa rakaman gambar tembok keluli bawah tanah yang berjaya ditembusi. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps




Kepingan keluli yang dibawa keluar dan digunakan semula

Kesan penggunaan peralatan lama bagi menembusi keluli


Tiada ulasan:

Catat Ulasan