GAZA - Ahli Parlimen Bebas, Jamal Al-Khudri selaku Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi menentang pengepungan terhadap Gaza telah menyatakan bahawa wujudnya tekanan kuat ke atas kapal maryam 'Lubnan' yang menyebabkan pelayarannya ke Gaza terpaksa ditunda. sebagaimana jadual asal, kapal Maryam akan berlepas ke Gaza pada hari ahad.
Ketika sidang akhbar hari ini, beliau meminta pihak yang berkenaan agar memudahkan pelayaran kapal yang membawa bantuan kemanusiaan.
Beliau turut menyatakan, semasa berhubung dengan Presiden Yayasan Bebas Palestin, Yasser Qochloq yang menggagaskan pelayaran kapal Maryam telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha mencari alternatif yang lain dan tidak akan membatalkan misi pelayaran tersebut.
Khudri berkata, "Kapal Maryam dengan muatan penumpang wanita yang terdiri dari para sukarelawan, dan salah seorang darinya ialah sister of America serta tokoh-tokoh dari beberapa buah Negara", jelas beliau lagi, "kapal Maryam membawa muatan bantuan perubatan berupa peralatan mencuci usus serta ubat-ubatan bagi merawat penyakit kanser, rawatan untuk kanak-kanak dan wanita."
Jamal Al-Khudri menyatakan lagi, pihak antarabangsa dan Arab tekad menjalankan kempen-kempen sokongan secara penuh kepada Palestin untuk meneruskan usaha mahupun pelayaran serta tindakan sehinggalah Gaza bebas dari sekatan yang dikenakan sejak empat tahun yang lalu.
Beliau menegaskan setiap ancaman dan dakwaan Israel bagi menghadang setiap kapal kemanusiaan ke Gaza menyalahi dari realiti yang sebenar kerana kapal-kapal ini membawa misi damai yang disertai masyarakat awam bertujuan membantu penduduk Palestin yang di bawah sekatan.
Sementara itu, berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa Menteri Perang(pertahanan) Israel, Ehud Barak menghubungi wakil Amerika dan Perancis sebagai usaha untuk menghalang dua buah kapal bantuan kemanusiaan, salah sebuah darinya 'Maryam' berlepas dari pelabuhan Lubnan menuju ke Gaza. Sumber 21/08/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan