
AL-QUDS, - Pemuda-pemuda Al-Quds(penduduk asal Baitul Maqdis, Palestin) bertindak membakar 3 buah kereta dan sebuah motosikal milik penduduk Yahudi yang bertindak cuba merosakkan Masjid di Hayyu Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa, Al-Quds.
Gambar: Tentera penjajah yang tiba di tempat kejadian.
Sumber dari penduduk tempatan menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, 'sebilangan dari penduduk Yahudi yang cuba merempuh masuk ke Masjid 'Ain Silwan telah memecahkan mangga kunci Masjid.'
"Bila jadi begitu, pemuda-pemuda Palestin bingkas menghalang tindakan Yahudi dengan mengepung sebilangan penduduk Yahudi dalam perkarangan Masjid", ujar sumber itu lagi.
Jelas sumber tempatan lagi, sebaik berlaku kejadian itu, tentera penjajah(Israel) bertindak campur tangan dengan melepaskan bom gas, sound-bom serta menembak peluru getah bagi membuka kepungan pemuda Palestin ke atas penduduk Yahudi serta mengeluarkan mereka dari perkarangan Masjid.
Sumber berita menyatakan tindakan berani dari sekelompok penduduk Yahudi ke atas Masjid berikutan Mahkamah Israel telah menyerahkan hak pemilikan tanah dari seorang penduduk Palestin kepada penduduk Yahudi semalam. Tambahan pula, kedudukan Masjid 'Ain Silwan berada di sebahagian tanah terbabit, sekaligus mendorong penduduk Yahudi memutuskan untuk memecahkan bahagian Masjid agar dapat menguasai bahagian tanah itu.
Menurut laporan dari web berita Al-Jazeerah, ketika tentera penjajah tiba di tempat kejadian serta melepaskan tembakan gas pemedih mata, berpuluh penduduk Yahudi masih berada dalam perkarangan Masjid 'Ain Silwan.
Dinyatakan lagi, tentera penjajah cuba menangkap seorang kanak-kanak, namun pihak tentera penjajah melepaskan gas pemedih ke atas sekumpulan pemuda Palestin setelah mengepung mereka, lantas mengakibatkan sebahagian daripada pemuda-pemuda Palestin mengalami sesak nafas.
Suasana tegang menyelubungi Hayyu 'Ain Silwan pagi tadi. Kelihatan peningkatan jumlah tentera penjajah di kawasan berkenaan malah unit polis Israel turut berada di kawasan itu bagi melindungi penduduk Yahudi.
Jelas tentera penjajah bahawa pihaknya telah berjaya mengawal kejadian rusuhan yang dilakukan oleh puluhan pemuda Palestin, malah turut menyatakan akan mengadakan siasatan dan menangkap mereka yang terjebak dalam kejadian ini. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah
Berita lain:
Pakistan
1. Wakil pemberita Al-Jazeerah yang membuat liputan di Pakistan melaporkan pada jam 07.20 pagi, Mesir/Palestin bahawa kejadian banjir besar yang menimpa di selatan Pakistan telah mengepung 800 ribu penduduk Pakistan. Sementara itu, pihak berkenaan diminta agar tampil dengan segera memberikan bantuan kepada penduduk Pakistan di sana. Sumber 26/08/2010, berita Al-Jazeerah
Berita semalam:
1. Menurut berita Al-Jazeerah, seramai 8 orang penduduk Palestin di Tebing Barat telah ditangkap oleh tentera penjajah. Sumber 25/08/2010, berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan