GAZA - Pesawat tempur rejim zionis terus melancarkan 3 serangan udara awal pagi Khamis(hari ini) yang mensasarkan beberapa kawasan berbeza di Semenanjung Gaza.
Sumber tempatan menyatakan, pesawat tempur zionis model F-16 melancarkan dua serangan misil ke atas sebuah lokasi latihan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) yang terletak di barat bandar Rafah, selatan Gaza.
Jelas sumber, tiada luka parah dalam serangan itu kerana lokasi tersebut telah dikosongkan sebelum ini dan telah dijangka lokasi terbabit menjadi sasaran berikutan peningkatan ancaman-ancaman dari rejim zionis sejak kebelakangan ini.
Dalam serangan lain, pesawat tempur zionis mengebom sebuah kilang peralatan pertanian dan sabun di barat bandar Khan Yunus. Kesan serangan telah mengakibatkan kilang tersebut hancur musnah dan kebakaran besar malah beberapa buah rumah yang berdekatan kilang turut rosak.
Satu lagi serangan udara zionis mensasarkan sebuah kawasan tanah pertanian di timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.
Memetik kenyataan jurucakap Perkhidmatan Perubatan di Gaza, Adham Abu Salmiah bahawa 'pengeboman zionis pagi ini tidak mengakibatkan sebarang luka parah.'
Sumber melaporkan, operasi serangan zionis ini berikutan dari serangan roket dan peluru mortar yang gugur semalam di selatan tanah jajahan 1948, namun tidak ada sebarang luka parah. Sumber 16/09/2010, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan