13 September 2010

6 penduduk dan 35 anggota HAMAS ditangkap

KHALIL - Awal pagi tadi, sepasukan dari tentera rejim zionis(penjajah/Israel) telah menangkap seorang penduduk Palestin yang berasal dari bandar Khalil, selatan Tebing Barat.

Sumber keamanan yang memaklumkan hal tersebut kepada agensi berita 'Safa' berkata, "sepasukan tentera penjajah menyerbu masuk ke dalam sebuah rumah Palestin dan memeriksa keseluruhan rumah, lalu menangkap tuan rumah, Dhirar Abu Minshaar, 30. Sejurus kejadian itu, Dhirar dibawa ke arah yang tidak diketahui."

Menurut berita Al-Jazeerah hari ini, keseluruhan penduduk Palestin yang ditangkap tentera penjajah dari keseluruhan wilayah di Tebing Barat seramai 6 orang.

Tambahan dari agensi Safa mengenai rempuha menyatakan sepasukan tentera penjajah yang lain turut mengadakan operasi yang sama ke atas sebuah rumah penduduk Palestin, Isa Ali Isa di daerah Ad-Dhahiriyyah, selatan Khalil.

Kes lain yang dilaporkan, tentera penjajah turut mengadakan pos kawalan tentera di beberapa buah jalan masuk ke bandar Khalil, dari beberapa buah perkampungan, daerah-daerah yang berhampiran malah beberapa buah jentera perang rejim zionis merempuh masuk ke beberapa buah daerah Sa'er, iaitu As-Shuyukh, Halhul, Dura dan Ad-Dhahiriyyah.

Tentera penjajah yang merempuh masuk ke beberapa perumahan di bandar Khalil terus mengadakan rondaan yang berterus sehinggalah beberapa jam sebelum tiba waktu subuh pagi tadi.

Palestin tangkap 35 anggota HAMAS

Gerakan HAMAS dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' hari ini, berkata, "Pihak Keselamatan Palestin meneruskan lagi operasinya yang memerangi anggota dan pemimpin-pemimpin HAMAS di seluruh Wilayah-wilayah Tebing Barat."

Dalam kenyataan itu, HAMAS menuduh Pihak Keselamatan Palestin di Tebing barat menangkap 35 anggotanya dalam operasi penangkapan yang terbaru. Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan