13 September 2010

Abbas di Sharm El-Sheikh susulan rundingan esok

KAHERAH - Ketua Badan Perisikan Am Mesir, Omar Sulaiman telah menyambut ketibaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) di pejabat Badan Perisikan Mesir, bandar Sharm El-Sheikh.

Gambar(arkib): Langkahan perdamaian antara dahulu dan sekarang. Gambar atas, rundingan damai secara langsung semasa pemerintahan Mahmoud Abbas masa ini dan gambar bawah, rundingan damai semasa bekas Al-Marhum Yaseer Arafat menjawat Presiden Palestin.

Menurut agensi berita rasmi Palestin 'Wafa' melaporkan pertemuan antara dua pihak membincangkan mengenai rundingan damai secara langsung antara pihak perunding Palestin dengan Israel yang diseliai oleh Amerika Syarikat(US) serta jadual susunan berkaitan dengan rundingan pusingan kedua yang bakal berlangsung pada esok hari di bandar peranginan Sharm El-Sheikh.

Sumber menyatakan, pertemuan Presiden Palestin dengan Ketua Perisikan Mesir itu adalah sebelum dari diadakan pertemuan antara Abbas dengan rakan sejawatnya Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak pada pagi Selasa, esok hari. Selepas itu, barulah pertemuan tiga hala yang menemukan Presiden Palestin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar US, Hillary Clinton.

Turut mengiringi Abbas, iaitu Penasihat sulit Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO), Yaseer Abdurrabbuh, Ketua Badan Perundingan PLO, Saeb Arekat dan anggota Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH, Nabil Sha'at dan Muhammad Ashtiah serta jurucakap rasmi Pemerintah Palestin Ramallah, Nabil Abu Radinah.

Kawalan ketat di tanah jajahan dan Sinai

Sehubungan dengan rundingan pusingan kedua, Jabatan Polis rejim zionis telah mengambil langkah berjaga-jaga di tanah jajahannya, Palestin bagi menghalang sebarang serangan-serangan Palestin seiring rundingan damai.

Gambar(AFP, dipetik dari media Israel 'Yediot Ahronot'): Sehari sebelum berlangsungnya rundingan damai bersemuka.

Radio Israel menjelaskan bahawa pegawai-pegawai tinggi polis Israel telah mengeluarkan ketetapan bagi mengelak sebarang serangan. Berikutan itu, polis-polis rejim zionis dan bantuan unit sokongan akan dikerahkan ke seluruh pelusuk tanah jajahan ekoran wujudnya jangkaan serangan.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Mesir turut mengenakan langkah yang sama di Sinai.

Menurut sumber, Pihak Berkuasa Mesir mengetatkan kawalan keamanan di sebahagian Semenanjung tanah Sinai.

Memetik laporan agensi berita Jerman dari Gabenor selatan Sinai, Muhammad Abdul Fudhail Shushah berkata, Pihak Berkuasa Mesir telah mengerahkan angkatan tentera keselamatan di setiap check-point sepanjang jalan-jalan utama di Sinai. Tambahan lagi, penghadang-penghadang simen turut dipasang di beberapa persimpangan jalan utama. Sumber 13/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan