05 September 2010

Mesir tuan rumah rundingan

KAHERAH - Sumber melaporkan, jurucakap rasmi Kementerian Luar Mesir, Husam Zaki telah membuat pengumuman hari ini bahawa Mesir akan menjadi tuan rumah dalam pusingan kedua daro rundingan damai secara langsung(bersemuka) antara perunding Palestin dengan Israel. Rundingan tersebut berlangsung di bandar Sharm El-Sheikh pada 14-15 September 2010.


Gambar(arkib safa): Dari kanan, Mahmoud Abbas, tengah, Hillary clinton dan kiri Benjamin Netanyahu.

Zaki dalam kenyataan rasminya di Kaherah berkata, pusingan kedua ini akan diadakan bagi peringkat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Dalam rundingan pusingan kali kedua ini juga akan disertai Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton. Sumber 05/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan