15 September 2010

Karikatur: Hasil rundingan

Apa hasil rundingan?

Rundingan damai bersemuka yang berlangsung masa ini tidak mendapat restu keseluruhan masyarakat Palestin. HAMAS, JIHAD ISLAMI, BARISAN RAKYAT PEMBEBASAN PALESTIN, BARISAN DEMOKRASI dan beberapa buah lagi kumpulan pembebasan Palestin menentang tindakan mengadakan rundingan ini dengan rejim zionis. Kebanyakan menganggap, rundingan damai ini hanya untuk membersihkan imej zionis, malah akan menghilangkan terus beberapa permasalahan asas dan penting bagi Palestin.

Dalam satu laporan berita semalam di Al-Jazeerah, seorang pensyarah yang khusus dengan bahagian politik berkata, rundingan damai kali ini betul-betul tidak mengikut restu Palestin. Pensyarah tersebut menyatakan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin sudah tamat tempoh jawatannya dan dia tidak layak mewakili Palestin.

Kini, rundingan pusingan ketiga sedang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Al-Quds. Dalam rundingan pusingan kedua, wujud penghalang yang cukup besar antara kedua belah pihak dari mendapat kata sepakat. Rejim zionis tetap dengan sikap keras kepalanya berkata kepada Utusan Damai Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mistchell bahawa tempoh pembekuan bina penempatan haram di Tebing Barat dan Al-Quds tidak akan dilanjutkan. Sebaik sahaja selesai rundingan pusingan kedua semalam di Sharm El-Sheikh, sebuah syarikat pembinaan Israel terus memutuskan untuk menyambung kerja-kerja pembinaan walaupun tempoh pembekuan berakhir pada 26 September akan datang. Syarikat berkenaan hanya menggunakan alasan ekonomi berikutan mengalami kerugian selama dibekukan projek binaan ini. Namun dari sudut politik, rejim zionis tidak akan berundur dari ketetapannya untuk terus membina unit perumahan dan perumahan haram di tanah jajahan 1967.

Kedudukan rundingan, Israel memaksa pasukan rundingan Palestin Ramallah agar mengiktiraf Israel sebuah Negara bangsa bagi Yahudi, maka rejim zionis akan mengendurkan sikap kerasnya. Begitu juga dengan pasukan rundingan Palestin yang mendesak supaya rejim zionis menghentikan pembinaan penempatan dan perumahan di tanah-tanah Palestin. Bagaimana kesudahannya? agar pengalaman OSLO mendidik perunding Palestin Ramallah.

Inisiatif Damai Arab yang hanya menjadi alat mainan rejim zionis.

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan