20 September 2010

Luka lawan dengan pendatang haram Israel

NABLUS - Pertempuran yang tercetus pagi tadi antara penduduk Palestin dengan pendatang haram Israel disebabkan kecurian buah zaitun Palestin di penjuru selatan kampung Buren, Nablus, Tebing Barat.

Sumber peta, google map.

Menurut saksi kepada agensi berita 'Safa', "beberapa orang pendatang haram Israel dari penempatan haram Brakha telah mencuri pohon-pohon zaitun yang berbuah, ditanam penjuru selatan kampung."

Jelas saksi, penduduk kampung bertindak menghadang serta menegah pendatang haram dari terus melakukan perkara huduh itu, lalu mencetuskan pertempuran bersenjatakan batu antara penduduk Palestin dengan pendatang haram Israel.

Tambah saksi lagi, tentera rejim zionis terus campur tangan dan melindungi pendatang haram dengan melepaskan tembakan bom gas ke arah penduduk Palestin yang berlawan dengan pendatang haram. Seorang mangsa tembakan bom gas, Basheer Qoddus mengalami luka ringan.

Setiap tahun, apabila cukup tempoh waktu ranum, ladang-ladang zaitun kerap diceroboh pendatang haram Israel yang bertujuan mencuri pohon-pohon dan buah zaitun. Berikutan kejadian tersebut, seorang dari pendeta Yahudi(rabai) mengeluarkan fatwanya bahawa pohon zaitun pada adatnya tanpa ukuran tanah adalah milik Yahudi dan Palestin hanyalah penuainya.

Seperti yang disebutkan, seramai 20 ribu pendatang haram Israel dari 39 buah penempatan dan lubuk haram Israel menduduki secara haram di kawasan-kawasan dan desa di Wilayah Nablus, Tebing Barat. Sumber 20/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan