RAFAH - Semalam, Pihak Berkuasa Mesir dilaporkan akan membuka semula laluan di sempadan Rafah yang menghubungkan tanah Mesir dengan Semenanjung Gaza, Palestin hari ini. Ketetapan tersebut dibuat setelahmana sempadan ditutup selama 3 hari sempena cuti dan menyambut perayaan Aidilfitri.

Pihak berkuasa Mesir di Sinai berkata, sempadan Rafah Mesir dibuka pada hari Isnin selepas berakhirnya sambutan Aidilfitri. Jelasnya lagi, laluan tersebut dibuka untuk keluar masuk dari dua arah, Mesir dan Gaza.
Gambar(arkib): Laluan darat di sempadan Rafah Mesir yang menghubungkan dengan Semenanjung Gaza.
Sumber dari agensi 'Safa' hari ini menukilkan dari Badan Pengurusan Sempadan dan Laluan berkata, "laluan sempadan Rafah Mesir yang menghubungi Gaza telah dibuka hari ini."
Sempadan Rafah Mesir yang dibuka secara berpanjangan mulai awal Jun lalu diputuskan oleh Presiden Republik Arab Mesir, Muhammad Housni Mubarak ekoran dari serangan berdarah ke atas armada pembebasan(freedom flotilla) pada 31 Mei 2010 yang mengorbankan 9 sukarelawan warga Turki. Sumber 12-13/09/2010, web berita safa.ps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan