09 September 2010

Pegawai tertinggi rejim zionis siasat tahanan Palestin - HAMAS

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) berkata, seorang dari pegawai tertinggi rejim zionis menjalankan siasatan ke atas anggota-anggotanya yang ditahan dalam penjara Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat.

Jelas HAMAS dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi 'Safa' bahawa, pegawai penyiasat rejim zionis dari Agensi Keselamatan Israel(ISA: dikenali dalam bahasa Inggeris) atau singkatannya SHABAK(berbahasa hebrew) di Asqalan, Maskubiah dan Beitah Takfa meminta untuk menjalankan siasatan ke atas anggota-anggota HAMAS yang ditahan dalam penjara Pihak Keselamatan Palestin di Khalil, Ramallah dan Nablus.

HAMAS turut mendedahkan bahawa proses pemindahan sebahagian tahanan anggota HAMAS baru-baru ini, dari penjara Dura dan Tulkarm ke Khalil dan Al-Juneid adalah atas permintaan pegawai siasatan rejim zionis yang meminta secara langsung untuk menyiasat para tahanan dari anggota HAMAS di penjara terbabit.

Dalam kenyataan itu, HAMAS turut menyebut, "sejak awal Ramadhan seramai 920 anggota HAMAS telah ditangkap, dari jumlah itu, seramai 780 anggota HAMAS yang ditangkap adalah selepas operasi serangan banjir api di Khalil dan Ramallah, dan sebahagian besar dari anggota-anggota HAMAS masih berada dalam tahanan."

HAMAS turut menyatakan bahawa, selepas operasi pejuang akhir-akhir ini(banjir api), cara siksaan yang teramat teruk dilakukan berterusan ke atas anggota HAMAS yang ditahan. Dinyatakan, pada awal bulan September, Pihak Keselamatan Palestin telah memindahkan 32 anggota HAMAS ke hospital-hospital disebabkan gangguan kesihatan akibat disiksa teruk sewaktu dalam tahanan.

HAMAS turut mempertikaikan cara tindakan Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat yang membebaskan sebilangan tahanan semalam.

HAMAS mempersoalkan, "apa nilai pembebasan yang dilakukan Keselamatan Palestin ketika dalam keadaan tersepit, beberapa dari tahanan yang dibebaskan wajib menandatangani janji untuk menyerah diri selepas menyambut hari raya?"

Gerakan HAMAS mendesak supaya tahanan-tahanan dari anggota HAMAS dibebaskan segera, malah turut menggesa kumpulan-kumpulan pembebasan, Yayasan-yayasan dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia serta badan media memecahkan kebisuan. HAMAS turut meminta pihak-pihak tersebut berperanan atas dasar hak tanah air dan kemanusiaan terhadap tindakan jenayah dan melanggar hak kemanusiaan yang dilakukan ke atas anak-anak watan dalam penjara Pihak Keselamatan Palestin di Tebing barat, menurut HAMAS.

Sehingga laporan ini diterbitkan, agensi berita 'Safa' tidak berkesempatan mengambil apa-apa ulasan dari Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat. Sumber 09/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan