08 September 2010

Persefahaman bekukan penempatan secara tenang

AN-NASIRAH, - Akhbar "Haaretz" versi hebrew menukilkan dalam edisi terbitannya hari ini bahawa wakil dari kerajaan penjajah telah mencapai persetujuan dan persefahaman mengenai mekanisme baru untuk membekukan penempatan Israel di tanah-tanah Palestin di Tebing Barat, tetapi kali ini pembekuan secara 'tenang'.

Haaretz menyebut persefahaman itu telah menentukan bahawa wakil badan keamanan Kerajaan Israel mengemukakan hal tersebut di Tebing Barat mengenai kelulusan plan pembinaan unit perumahan yang baru. Dalam masa yang sama kerajaan penjajah mengesahkan bahawa ketetapan membekukan bina penempatan sebelum ini telah berakhir, dan tidak ada lagi ketetapan yang berulang pada kali ini.

Akhbar tersebut menjelaskan tempoh pembekuan penempatan Israel berakhir pada 30 September bulan ini dan bukannya pada 26 September seperti yang diwar-warkan.

Gambar(arkib safa): Penempatan Israel di tanah rampasan yang sedang dijalankan.

Memetik dari sumber terdekat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS), berkata, "pihak pemerintah Palestin tidak menerima hal yang mereka kemukakan malah tidak mengendahkan kenyataan-kenyataan lanjuran dari Israel, akan tetapi ia bergantung kepada pandangan yang meminta supaya bina penempatan ini dihentikan tercapai."

Berdasarkan undang-undang penjajah, pihak yang memberikan kelulusan serta membenarkan plan pembinaan penempatan mahupun arahan pembekuan adalah dari pegawai tentera yang diberikan kuasa mengurus di bahagian atase ketenteraan, Kementerian Pertahanan Israel.

Wakil Palestin telah menyatakan sepanjang rundingan damai ini berlangsung dengan penjajajah, Pemerintah Palestin Ramallah tidak dapat menerima sebarang tindakan yang hendak memisahkan Tebing Barat serta memperuntukkan kawalan ketenteraan malah memberikan keputusan akhir ke atas sempadan Palestin adalah zon tanpa senjata. Wakil Palestin membangkitkan yang sedemikian kerana tidak ada mana-mana Negara di dunia secara rasminya dapat hidup dalam keadaan ini, menurut apa yang diungkap.

Berikutan itu, Pemerintah Palestin di Ramallah akan menyetujui pengerahan tentera antarabangsa di sempadan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Berikutan itu memberikan kepada mereka peluang yang besar serta medium yang berbeza dan bebas sebagaimana yang dirasai di selatan Lubnan. Sumber 08/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan