
WASHINGTON - Pusingan pertama rundingan damai secara bersemuka antara perunding Palestin dengan Israel yang berlangsung di Washington, Amerika Syarikat(US) telah selesai semalam.
Gambar(Al-Jazeerah): Washington akan berusaha menjayakan rundingan secara bersemuka antara perunding Palestin dengan Israel-Clinton.
Kanan, Mahmoud Abbas, tengah, Hillary Clinton dan kiri, Benjamin Netanyahu.
Sementara itu, Utusan Damai US ke Timur Tengah, George Mitchell mengumumkan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah bersetuju untuk bertemu lagi pada 14 dan 15 September akan datang bagi meneruskan rundingan, kemudian pertemuan selanjutnya akan diadakan setiap dua minggu.
Menurut sumber Al-Jazeerah, George Mitchell menyifatkan rundingan yang diadakan kali pertama ini telah berhasil. Jelas Mitchell, kedua-dua belah pihak menyatakan matlamat masing-masing yang mahu menubuhkan dua buah Negara bagi dua bangsa. Dinyatakan lagi, tujuan rundingan ini adalah untuk meneruskan ruang persepakatan bagi mencapai perdamaian di Timur Tengah.
Sebagaimana dijelaskan, setelahmana Menteri Luar US, Hillary Clinton mempengerusikan pembukaan perbincangan, kedua belah pihak, Abbas dan Netanyahu hanya berbincang dengan Mitchell tidak menyentuh secara meluas. Kemudian, Netanyahu dan Abbas bertemu pula dalam perbincangan dua hala. Dalam masa yang sama, pembantu-pembantu kepada kedua belah pihak ini mengadakan perbincangan berasingan untuk persediaan rundingan yang seterusnya.
Menyentuh tempat rundingan akan datang, Mitchell berkata, "hal ini masih diperbincangkan tetapi tidak menolak kemungkinan akan diadakan di rantau Timur Tengah yang akan dihadiri Hillary Clinton."
Obama puas hati
Dari sudut lain, jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, "Presiden US, Barrack Obama berpuas hati setelah kedua belah pihak Palestin dan Israel bersungguh-sungguh memulakan rundingan damai secara bersemuka yang telah dilancarkan di Washington."
Tambah Robert Gibbs ketika bertemu dengan wartawan, ''Presiden US amat merasa lega ketika pertemuannya semalam hasil dari pendirian yang kukuh kedua-dua pemimpin yang bertemu bagi menjalankan perbincangan damai."
Pendirian kumpulan pembebasan Palestin
Berhubung dengan rundingan damai, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyifatkan rundingan yang diadakan oleh Washington tidak menepati perundangan kerana ia dibantah masyarakat Palestin.
Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS mengungkapkan bahawa Abbas tidak ada hak untuk berunding atas nama penduduk Palestin.
Sementara itu, Ahmad Mudallal salah seorang pemimpin gerakan JIHAD ISLAMI di Palestin(حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين) mengiktibarkan pusingan baru dari rundingan damai secara bersemuka hanya percubaan untuk merungkai hak-hak yang telah tetap kepada Palestin, permulaannya untuk mencetuskan angin permusuhan di rantau ini.
Sebuah lagi kumpulan pembebasan Palestin, JABHAH SHA'BIAH(الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين-القيادة العامة) yang diketuai Ahmad Jibril dalam kenyataan rasminya berkata, "Abbas dan kumpulannya benar-benar telah menimbulkan bahaya kepada permasalahan Palestin dan mereka sewajarnya mesti dikuarantin," ungkap beliau lagi, "arab juga yang terjebak dengan rundingan seolah-olah melindungi jenayah-jenayah penjajah." Sumber 03/09/2010, web berita Al-Jazeerah, 02/09/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah
Klip berita di bawah sepanjang rundingan yang berlangsung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan