02 September 2010

Zionis ceroboh Rafah menjelang rundingan

Ketika dunia tertumpu di Washington, ruang udara Gaza di bahagian selatan menerima kehadiran helikopter dan pesawat tempur zionis.

Agensi berita 'Safa' tanpa terlewat terus mencatat perjalanan masa derapan jentera perang zionis. Pada jam 12.52 pagi, waktu Mesir, Safa menyebut Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang telah musnah teruk telah dibedil lagi, malah kawasan tanah pertanian yang berhampirannya turut ditembak dengan senjata berat.

Selepas serangan itu, tentera rejim zionis pejalan kaki turut menceroboh dengan skala terhad sambil diawasi pesawat tempur zionis dari udara yang melakukan tinjauan secara kerap sejak jam 11.25 malam, 01/09/2010.

Memetik dari laman rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS menyebut kelibat pergerakan jentera perang Israel mara ke arah bahagian selatan Rafah di Hayyu Shaukah sambil melepaskan tembakan secara rambang.

Tambahan laporan dari sumber perubatan menyebut sehingga kini tidak ada lagi sebarang luka parah di kalangan penduduk Palestin berikutan bedilan dan tembakan yang dilakukan oleh tentera rejim zionis.

Berikutan serangan sedemikian, sumber dari agensi Safa pada jam 12.35 pagi, 02/09/2010 waktu Mesir melaporkan tentera keamanan Mesir berundur dari sempadan Mesir-Palestin ketikamana pesawat tempur zionis meninjau ruang udara Gaza. Tambah dari sumber tempatan di bandar Rafah bahawa timbul kebimbangan pesawat zionis akan melancarkan serangan di sepanjang sempadan yang didakwa mensasarkan terowong bawah tanah. Sumber 02/09/2010, web berita safa.ps dan laman rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan