17 September 2010

Zionis tangkap seorang pemimpin JIHAD ISLAMI

JENIN - Sepasukan tentera rejim zionis telah menangkap seorang pemimpin gerakan JIHAD ISLAMI(حركة الجهاد الإسلامي), Said 'Ahid Buqlah awal pagi tadi dari bandar kecil Al-Yamun yang terletak di barat Jenin. Ketika ditangkap, rumah pemimpin itu turut digeledah dan rejim zionis bertindak memecahkan beberapa kelengkapan rumahnya.

Sumber peta, google map. Kedudukan Al-Yamun di wilayah Jenin.

Saksi kejadian yang menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' bahawa, 15 buah jentera perang zionis yang menceroboh bandar kecil Al-Yamun pada jam 3 pagi tadi mengepung rumah flat Az-Zuhrah di zon selatan, Al-Yamun, termasuklah rumah pemimpin JIHAD ISLAMI itu.

Jelas penduduk di kawasan berkenaan, tentera rejim zionis turut memberkas anaknya 'Ahid, 26 serta disoal siasat pegawai perisikan zionis, lalu dibawa ke arah yang tidak diketahui. Dalam masa yang sama, rumahnya turut digeledah.

Sebelum ini, Said 'Ahid Buqlah telah beberapa kali ditangkap rejim zionis dan rumah beliau juga beberapa kali telah digeledah atas dakwaan memberi bantuan kepada individu yang 'dikehendaki'. Sumber 17/09/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:

Catat Ulasan