GAZA - Menjelang pertengahan malam, pesawat tempur rejim zionis telah melancarkan serangan ke atas sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) di barat bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
Sejurus selepas serangan, pasukan bomba bergegas ke lokasi sasaran serta memadam kebakaran yang merebak.
Berikutan serangan, penyampai berita 'Safa' berkata, 2 pejuang dari KATAIB AL-QASSAM mengalami luka parah.
Menurut sumber perubatan yang mengesahkan perkara ini, Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, salah seorang dari pejuang AL-QASSAM disifatkan kritikal dan seorang lagi, lukanya disifatkan pertengahan.
Sejak akhir-akhir ini, serangan ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat. Situasi bertambah hangat setelahmana 5 pejuang syahid pada hari sabtu lepas, lantas mendorong kumpulan-kumpulan pejuang bersenjata melancarkan serangan roket dan mortar ke atas lokasi-lokasi zionis sebagai balas. Sumber 20/12/2010, web berita safa.ps

Tiada ulasan:
Catat Ulasan