Al-Quds(Baitul Maqdis) ibu Negara Palestin? Hakikat yang perlu diketahui, Palestin belum diiktiraf sebuah Negara berdaulat. Yang ada kini, hanyalah tanah-tanah yang dijajah. Walaupun US sering menyalak mengenai pembentukan Negara Palestin, namun ia 'kabur'. Nasib Palestin kian malang di meja-meja rundingan damai yang terus meratah segenap inci dan sudut hak-hak Palestin. Terbaru, kongres US pertikai jika Palestin dari pihaknya sahaja mengumumkan tanah-tanah yang masih berbaki adalah Negara Palestin tanpa restu penjajah.
Sebagaimana dalam perjanjian lalu, timur Al-Quds adalah milik Palestin, namun baru semalam sahaja penjajah memulakan pembinaan perumahan yang baru di Jabal Zaitun, timur Al-Quds. Mungkin tidak melampau jika mengatakan rundingan dan perjanjian selama ini hanyalah sia-sia. Tambahan pula, sikap US yang terlalu menonjol kecenderungannya yang memihak kepada penjajah(Israel) meskipun secara jelas penjajah mempermainkan Palestin. Jika dilihat kepada situasi yang menimpa Iraq dan Iran, masing-masing dikenakan tekanan dan sekatan bahkan akhirnya, Iraq diperangi habis-habisan. Tetapi situasi yang sedang dipertontonkan dari reaksi galak rejim zionis ternyata tidak menerima apa-apa sekatan biarpun hanya riuh-rendah dengan kecaman dan kritikan sahaja. Jika ini terus berlaku, sukar untuk menjangka pada suatu hari nanti, kemungkinan besar Al-Quds akan menerima lebih sentuhan pengyahudian demi melenyapkan hak pensejarahan Palestin.

Halatuju Palestin ditangannya, namun .. ?..lihatlah apa yang tertera di atas, anda pasti akan dapat gambarannya..
Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah
Press ENTER to look up in Wiktionary or CTRL+ENTER to look up in Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan