30 Januari 2010

Pihak Keamanan Mesir meletupkan sebuah terowong bawah tanah

Menurut sumber, Pihak Keamanan Mesir meletupkan sebuah terowong bawah tanah yang terletak di kawasan Hayyu Barahimah, selatan Rafah yang bertentangan dengan sempadan Gaza. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan ketika terowong tersebut diletupkan pada waktu tengahari, Jumaat lalu.

Wakil sumber yang berada di Rafah menjelaskan, Pihak Keamanan Mesir meletupkan sebuah terowong yang digunakan bagi membawa masuk barang-barang ke Gaza. Dinyatakan tiada kecederaan kerana waktu terowong diletupkan tiada sesiapa yang berada di situ.

Berikutan hal yang dinyatakan, sejak akhir ini usaha membawa masuk barang-barang ke Gaza telah berkurangan ekoran penguatkuasaan dari sudut keselamatan; yang turut menjejaki peniag-peniaga dan pembekal barangan dari pihak Mesir.

Terowong bawah tanah adalah satu-satunya saluran yang digunakan oleh penduduk Palestin Gaza bagi mendapatkan bekalan barangan dan keperluan asasi semenjak dikenakan sekatan.

Sekatan ke atas Semenanjung Gaza telah berlarutan lebih dari 3 tahun, namun Mesir turut mengawal saluran tersebut dengan membina tembok keluli yang ditanam ke pasak bumi bagi menutup laluan ini. Mesir mendakwa, tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan Negaranya. Sumber 30/01/2010, web berita Safa

Perarakan bantahan tembok pemisah di Tebing Barat, Israel rancang roboh lagi rumah Palestin

Beberapa buah kampung Palestin di Tebing Barat telah dikawal tentera penjajah. Sumber menyatakan, pihak penjajah juga tidak membenarkan para wartawan, aktivis luar dan penduduk Israel dari mengikuti demontrasi menentang pembinaan tembok pemisah.

Sebagaimana dilaporkan, pada jam 2.10 petang(waktu Mesir) para penunjuk perasaan masih lagi mengadakan demontrasi membantah pembinaan tembok pemisah di Kampung Nabi Salleh. Mengikut apa yang dinyatakan, perarakan bantahan ini bermula selepas jumaat yang turut digerakkan di Kampung Bil'in (Arabic: بلعين‎) dan Ni'lin (Arabic: نعلين‎).

Perarakan bantahan bertukar kepada pertempuran apabila sepasukan tentera penjajah bertindak menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perarakan tersebut. Dinyatakan, tentera penjajah melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan mengakibatkan beberapa orang dari krew wartawan yang membuat liputan turut mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata.

Liputan di Allad pula pada jam 2.15 petang(waktu Mesir), beratus-ratus penduduk Arab di dalam kawasan 'garisan hijau' mengadakan tunjuk perasaan berikutan rancangan yang telah dinyatakan di pihak penjajah bahawa puluhan buah rumah milik Arab Palestin di Allad akan dirobohkan. Sumber 29/01/2010, berita al-Jazeerah

Pertahankan hak meskipun anggota keamanan Palestin wujud dalam bayangan

Berikut adalah klip video yang memaparkan tentang kekejaman pihak penjajah terhadap penduduk Palestin. Meraka dinafikan hak dan apa yang ada terus dirampas tanpa belas kasih. Suara tangis dan sergah untuk mempertahankan hak sentiasa dan tetap bergelombang di tanah Palestin, namun tiada usaha yang lebih 'keras' untuk menentang keganasan Israel. Biarpun wujud pasukan keamanan Palestin, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa, apakah sekadar di'rekrut' untuk menangkap pejuang-pejuang Palestin di Tebing Barat yang berusaha bangkit menentang Israel?


Sumber klip di atas boleh didapati di pautan ini.