25 Mac 2010

2 Palestin parah di Gaza, 4 Palestin ditangkap di Tebing Barat

Menurut sumber, seorang pekerja Palestin parah dalam satu kejadian tembakan dari pihak tentera penjajah yang sedang mengawal di sempadan Sufa, timur Rafah, Gaza. Dimaklumkan kejadian tersebut berlaku awal pagi tadi ketika sekumpulan pekerja Palestin yang berada di kawasan terbabit sedang mengumpul kepingan besi dan batu kecil yang dijadikan sebagai sumber rezeki.

Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Kecemasan di hospital-hospital Gaza menjelaskan kepada agensi berita bahawa seorang penduduk Palestin, iaitu Naji Abu Redah, 32 mengalami luka parah di bahagian belakang akibat ditembak tentera penjajah. Berikutan itu, serta-merta Naji dibawa ke hospital Gaza-Eropah.

Dr.Muawiyah menyifatkan keadaan Naji kritikal.

Sementara itu, kejadian lain pula dimaklumkan bahawa bot perang Israel melepaskan tembakan machine-gun dan senjata berat ke arah nelayan di utara Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan, Dr.Muawiyah mengesahkan kejadian tersebut berkata, 'seorang dari nelayan Palestin parah dalam kejadian itu dan keadaannya agak ringan.'

Kejadian tersebut berlaku di barat Beit Lahiya yang berada di utara Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat pula sebagaimana dilaporkan, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 4 penduduk Palestin awal pagi tadi. Di antara yang ditangkap adalah 3 Palestin yang mempunyai ikatan kekeluargaan.

Menurut sumber, operasi penangkapan itu berlaku di selatan Khalil dan mereka yang ditangkap telah dibawa ke kawasan yang tidak diketahui.

Sebagaimana dijelaskan, sebelum penangkapan, pihak penjajah menceroboh sebuah bandar kecil awal pagi tadi. Berikutan pencerobohan itu, pihak penjajah turut memecah masuk ke beberapa buah rumah dan melakukan pemeriksaan.

4 penduduk Palestin yang ditangkap, Hassan Muhammad Hassan Nasr, 32, dan 3 adik-beradik, Muhammad Yusof Abu Arqub, 18, Usamah, 31 dan Sami, 28. Sumber 25/03/2010, web berita maannews.net

Perarakan bendera Arab seru bebaskan Gaza dari sekatan Israel

GAZA - Panitia Penentangan Masyarakat Terhadap Sekatan telah bersiap-sedia mengadakan perarakan pada pagi ini(khamis, 25-03-2010) berdekatan tanda peringatan mangsa sekatan di sebuah dataran yang terletak di barat bandar Gaza. Dijelaskan, tindakan seumpama ini adalah meminta Persidangan Kemuncak Arab bertindak bagi menyelesaikan sekatan yang dihadapi Semenanjung Gaza.

Sebagaimana dijadualkan, Jamal Khudhari yang merupakan pengerusi panitia tersebut akan mengadakan sidang akhbar di akhir perarakan bagi membuat tuntutan kepada Persidangan Kemuncak Arab yang bakal berlangsung pada 27-03-2010 di Libya.

Tuntutan itu adalah desakan kepada Negara-negara Arab agar dapat membuat keputusan dan tindakan yang bersungguh-sungguh demi membebaskan Gaza dari sekatan Israel.

Menurut sumber, teknikal perarakan sebagaimana dinyatakan, para penunjuk perasaan dalam perarakan itu akan membawa bendera Negara-negara Arab yang menyertai Persidangan Kemuncak Arab bersebelahan dengan bendera Palestin. Lebih dari itu, gambar-gambar mangsa sekatan, poster-poster dan sepanduk(banting) yang menyeru agar memberi sokongan kepada 1.5 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Berikutan sekatan Israel di Gaza, Panitia Penentangan Masyarakat Terhadap Sekatan telah menggunakan berbagai-bagai saluran bagi mempamerkan kesengsaraan dan kepahitan yang dilalui penduduk Palestin Gaza kepada Arab. Lebih mendukacitakan, sekatan Israel di Gaza telah menjangkau 1,000 hari. Sumber 25/03/2010, web berita maannews.net