02 April 2010

Shaloum memberi ancaman akan serang lebih dahsyat

Laporan jam 7.33 malam/Mekah. 8.33 malam/Mesir

Sumber melaporkan, Silvan Shaloum, Timbalan Perdana Menteri Israel telah memberi ancaman bahawa Israel akan menyerang lebih dahsyat Semenanjung Gaza selagimana HAMAS tidak menghentikan serangan roket ke bandar-bandar kecil Israel.

Gambar: Kesan serangan Israel awal pagi tadi.

Dalam satu rancangan radio Israel hari ini(jumaat), Shaloum berkata, "Jika serangan roket dari Gaza tidak dihentikan ke Israel, nampaknya kami perlu meningkatkan lagi tahap serangan dan menggiatkan lagi operasi bagi menentang HAMAS."

Tambah Shaloum dengan memberi ingatan bahawa, pihaknya tidak mahu lagi melihat kanak-kanak Israel dilanda kerunsingan berada di kawasan perpindahan. Jelas Shaloum, pihaknya akan bertindak sedemikian bagi melancarkan serangan terbaru.

"Harapnya kita semua dapat mengambil peringatan sebelum pilihan(tindakan) lain diambil kerana tiada apa lagi tindakan yang boleh dilakukan kecuali pilihan ini(serangan terbaru), maka kami akan menggunakannya pada masa akan datang", Shaloum memberi ancaman lagi. Sumber 02/04/2010, web berita al-Jazeerah

Serangan udara yang sengit di Gaza

Ringkasan berita Al-Jazeerah: 2 buah pesawat tempur Israel melancarkan
beberapa serangan di selatan Semenanjung Gaza.

KHAN YUNUS - Israel terus melancarkan serangan bersiri ke atas Gaza. Awal pagi ini(Jumaat), 2 buah pesawat tempur Israel menyerang beberapa kawasan sasarannya; kawasan terbuka dan beberapa tempat pejuang-pejuang Palestin di Rafah dan Khan Yunus di selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber, pesawat tempur Israel melancarkan 3 serangan di sebuah kawasan terbuka di wilayah Khan Yunus. Antaranya, kawasan pusat media rangkaian berita Al-Aqsa HAMAS, bandar Asda.

Gambar: Kesan pengeboman Israel(agensi berita Perancis)

Di bandar Gaza pula, tumpuan serangan ke atas sebuah kilang perusahaan di kawasan Masjid Akademi Islam di Hayyu Sabrah yang terletak di pertengahan bandar. Serangan tersebut mengakibatkan kilang itu musnah teruk malah beberapa kerosakan harta benda termasuk beberapa buah rumah yang berdekatan dengan kawasan kilang itu.

Pesawat tempur Israel juga melancarkan 2 serangan ke atas sebuah pos kawalan polis yang berada di pintu masuk ke Mukhayyam Nusairat(Pelarian di Nusairat), bengkel besi milik keluarga Nouruti di kawasan Zuweidah yang berhampiran dengan syarikat telekomunikasi di Jalan Salahuddin, wilayah tengah Gaza. Bagaimanapun dalam serangan tersebut, tidak ada laporan mengenai luka parah.

Pihak perubatan Palestin(laporan 1.25 pagi/Mesir), Dr. Muawiyah Husnain, Pengerusi bantuan cemas berkata, setakat ini tidak ada penduduk Palestin yang cedera atau luka parah.

"Tidak ada kecederaan mahupun kematian(syahid), yang berlaku hanya kerosakan dari sudut harta benda", jelas Dr.Muawiyah.

2 parah akibat serangan

Menurut agensi berita REUTERS
(laporan 3.34 pagi/Mekah. 2.34 pagi/Mesir), dari saksi dan wakil hospital di Gaza menjelaskan serangan Israel mengakibatkan 2 kanak-kanak cedera(gambar di atas).

Tambah Dr.Muawiyah, ambulan(bantuan cemas) sedia beroperasi selaras dengan perancangan kecemasan melihat kepada mana-mana bentuk serangan baru(perang) malah kereta ambulan akan segera bertindak di seluruh Semenanjung mengikut keadaan semasa.

Serangan di sepanjang sempadan

Menurut sumber, pesawat tempur Israel juga melancarkan serangan di sepanjang sempadan antara Gaza-Mesir yang menumpukan kawasan terowong bawah tanah, selatan Semenanjung Gaza.

Sebagaimana dilaporkan, selepas serangan tersebut, pesawat tempur Israel terus beredar dari ruang udara Gaza namun suasana di Gaza diselubungi ketegangan dan berwaspada.

Kawasan latihan pejuang menjadi sasaran

Serangan Israel juga meliputi sebuah kawasan tanpa penduduk yang menjadi tempat latihan pejuang-pejuang Palestin(HAMAS).

Memetik agensi berita Perancis, dari sumber saksi dan dua orang wakil HAMAS berkata, serangan Israel ini tidak mengakibatkan kematian di pihak penduduk.

Jelas agensi tersebut bahawa Israel telah menyerang 2 buah tempat KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS).

Israel dakwa ada serangan roket

Israel dalam kenyataannya mendakwa, sebelum ini satu serangan roket yang dilancarkan dari Gaza menuju ke arah barat Naqab telah gugur di Ashkelon, tanpa berlaku sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Memo peringatan dari Israel

Pada lewat malam yang lepas, helikopter Israel menggugurkan notis(memo) peringatan di beberapa kawasan yang bersempadan antara Gaza-Israel.
_________________________
Baca lagi di >> Al-Qassam bunuh 2 tentera zionis
_________________________

Saksi(penduduk tempatan) yang menjelaskan bahawa notis yang digugurkan di kawasan pertengahan Gaza dan timur Hajr Al-Deik yang berhadapan dengan Mukhayyam Al-Buraij itu adalah berikutan kejadian yang menyebabkan 2 tentera zionis terbunuh dan beberapa lagi parah pada jumaat lalu(26/03/2010). Sumber 02/04/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah dan web berita maan.net