Al-Qassam bunuh 2 tentera zionis, Al-Aqsa kepung unit khas Israel
26 Mac 2010
Ketika berita yang disiarkan secara langsung, bunyi tembakan masih lagi kedengaran
______________________________________
Dimaklumkan setakat ini menurut saksi, punca pertempuran meletus setelah pihak zionis menceroboh timur laut Khan Yunus dan diserang hendap oleh pejuang Palestin.
Sebagaimana laporan dari penjajah menyatakan sekumpulan Palestin yang bersenjata menghampiri kawasan sempadan.
Gambar: Tentera Israel yang berada di sempadan antara Gaza-Israel. Sebaik sahaja pertempuran meletus, tentera-tentera Israel yang berada menara kawalan terus bergegas ke garisan sempadan.
Sumber berita menyatakan, pejuang Palestin dari sayap tentera HAMAS melakukan serangan ke kawasan rondaan tentera penjajah.
Setelah kejadian tersebut, zionis terus meningkatkan bilangan jenteranya ke Gaza. Dilaporkan, pesawat tempur Israel F-16 mengebom sebuah kawasan terbuka di timur Khan Yunus. Sementara, helikopter apache Israel mengawasi dari ruang udara Gaza.
Al-Qassam bunuh 2 tentera Israel
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan, Abu Ubaidah menceritakan secara terperinci berhubung pertempuran yang berlaku pada waktu asar, petang jumaat.
Sebagaimana dilaporkan, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengakui pihaknya yang membunuh 2 tentera Israel, manakala beberapa lagi tentera zionis parah ketika bertempur di timur Khan Yunus.
Abu Ubaidah, jurucakap Al-Qassam(gambar di bawah, sebelah kiri) berkata, "pejuang al-Qassam telah bertempur dengan tentera zionis yang menceroboh sejauh 500 meter(0.5 kilometer) ke dalam garisan sempadan Gaza."
Sebelum kejadian, beliau menjelaskan bahawa tentera Al-Qassam melakukan intipan ke atas sebuah pasukan tentera pejalan kaki Israel yang menceroboh timur Khan Yunus dalam lingkungan jarak 300-500 meter yang cuba mengepung sekumpulan dari pejuang Palestin dan penduduk.
Kemudian, satu unit penembak tepat dari Al-Qassam yang disokong satu unit bantuan Al-Qassam bertindak melakukan serangan ke atas tentera pejalan kaki Israel serta melepaskan tembakan secara bertubi-tubi mengakibatkan kekeliruan di pihak tentera Israel.
Tentera Israel terpaksa berundur kerana gagal dalam operasi tersebut. Kemudian tiba helikopter Israel mendarat di kawasan terbabit dan kelihatan pemindahan mangsa serangan Al-Qassam.
Sebagaimana dijelaskan, Kewujudan tentera Al-Qassam di kawasan berkenaan telah membebaskan kepungan yang cuba dilakukan Israel.
"Sebaik sahaja zionis ceroboh, tentera Al-Qassam terus menyerang tentera zionis dengan senjata berat yang mengakibatkan beberapa tentera penceroboh mengalami luka parah", ujar Abu Ubaidah.
Abu Ubaidah turut menyatakan bahawa dengan pencerobohan zionis itu, pihak pejuang Palestin telah bersedia bagi menghadapi tentangan dari musuh.
Jurucakap rasmi Al-Qassam juga menyatakan zionis berniat untuk menggugat kestabilan di Gaza.
Beliau berkata lagi, bahawa pihaknya tidak akan memeluk tubuh dengan jenayah yang sedang berlaku. Tegas Abu Ubaidah, pencerobohan ke atas sempadan Gaza tidak akan dibiarkan dengan laluan yang penuh kehormatan.
Abu Ubaidah tidak menafikan kewujudan kumpulan pejuang Palestin yang lain kerana pejuang-pejuang Al-Qassam memang menghadang operasi kepungan dari tentera Israel ke atas pejuang-pejuang Palestin di situ.
Al-Aqsa kepung tentera khas Israel
Sementara itu, KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) turut menyatakan kepada agensi berita bahawa pejuang-pejuangnya turut bertempur dengan tentera zionis di Khan Yunus.
Dalam pertempuran sengit itu, Al-Aqsa telah melancarkan 7 roket jenis 'hawn' ke arah beberapa buah jentera perang Israel yang mengakibatkan rosak teruk.
Al-Aqsa mengakui pihaknya mengepung satu pasukan khas tentera Israel di pertengahan kawasan 2 buah rumah; Abu asfour dan Abu Taiemah di Khan Yunus serta meletupkan peledak yang amat kuat di antara dua buah rumah.
Al-Quds juga bertempur dengan tentera Israel
SARAYA AL-QUDS(sayap tentera Jihad Islami) dalam kenyataannya berkata, satu kumpulan dari pejuangnya turut mendekati sebuah pasukan tentera Israel di bandar kecil Abbasan, timur Khan Yunus dan berlaku pertempuran sengit dengan letupan dari peledak. Dalam kejadian itu, helikopter Israel turut mengawasi dari udara sehingga tentera Israel berundur.
Jurucakap kumpulan tersebut menjelaskan, beberapa dari pejuangnya mengalami kecederaan malah ada yang tidak dapat dihubungi di kawasan berlakunya pertempuran.
Parah di pihak Palestin
Sumber(al-Jazeerah) menyatakan ada penduduk Palestin yang syahid serta parah akibat tembakan artileri Israel ke atas sebuah rumah di kawasan berkenaan. Tetapi, pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke kawasan berkenaan berikutan keadaan masih tegang.
Laporan yang dikeluarkan pada jam 10.19 malam/Mekah(9.19 malam/Mesir) mengenai luka parah di kalangan penduduk Palestin dalam kejadian tersebut bahawa 2 penduduk Palestin parah, salah seorang darinya kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun(gambar) akibat pengeboman Israel ke atas sebuah rumah.
Memetik agensi berita Jerman dari Pengerusi Am Bantuan dan Kecemasan di Gaza berkata, tentera Israel menghalang pasukan bantuan dari memindahkan penduduk yang syahid dan cedera dari tempat yang berlakunya pertempuran. Namun maklumat tersebut menyatakan 2-3 penduduk Palestin syahid, manakala 5 lagi penduduk Palestin parah. Beberapa daripadanya di tahap kritikal.
Analisis semasa berhubung pertempuran sengit ini
Berikutan pertempuran yang meletus, sumber menyifatkan keadaan ini adalah gempa yang pertama setelah Israel mengumumkan perang berakhir pada 18 Januari 2009.
Sumber turut membuat tafsiran berhubung keadaan yang agak mengejut sebagaimana yang ditunjukkan oleh sayap tentera HAMAS apabila menghadang tentangan dan membunuh tentera zionis secara berdepan.
Israel mengakui tenteranya terbunuh
Tentera Israel mengakui 2 tenteranya terbunuh dan beberapa lagi mengalami luka parah yang kritikal serta cedera akibat letupan dari peledak yang dipasang di kawasan berlakunya pertempuran.
Sumber dari tentera Israel juga mengungkapkan pejuang-pejuang Palestin cuba berusaha untuk menculik tentera-tentera Israel.
Cerita saksi dan penduduk Palestin
Penduduk Palestin di kawasan terbabit menjelaskan bahawa berlaku pertempuran dahsyat antara tentera penjajah dengan sekumpulan pejuang Palestin.
Gambar: Satu keluarga Palestin terpaksa mengosongkan rumah berikutan pertempuran sengit yang berlaku.
Pertempuran sengit dengan berbalas tembakan dan serangan roket jenis RPG telah meningkatkan kewujudan jentera perang Israel. Jelas penduduk lagi beberapa buah terpaksa dikosongkan berikutan luka parah dikalangan penduduk malah kereta kebal Israel juga melepaskan tembakan yang gugur berdekatan rumah penduduk Palestin.
Menuruk saksi(penduduk Palestin), sebuah helikopter Israel telah memindahkan 3 tentera zionis yang parah dari kawasan berlakunya pertempuran itu.
Respon Kerajaan Palestin Gaza dan kumpulan pejuang
Sementara itu di pihak Kerajaan Palestin Gaza, Tahir Nunu berkata penentangan dari pihak Israel berhubung kejadian ini berlaku dengan mengejut.
Beliau menjelaskan tujuan Israel menceroboh adalah untuk menggugat kestabilan di Gaza. Sehubungan dengan itu, dari sudut politik Israel telah gagal kerana realiti menjadi sebaliknya.
Sebagaimana zionis melanggar hak Palestin di Al-Quds, penduduk Palestin juga berhak untuk mempertahankan diri dan menentang penjajahan Israel.
Abu Jamal Mustafa, jurucakap rasmi KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera Jabhah Sya'biah) turut menyatakan pejuang Palestin berhak membalas sebarang 'tentangan zionis' dengan setiap kekuatan yang ada. Sumber 26/03/2010, berita al-Jazeerah, web berita al-Jazeerah, web berita maannews.net dan web rasmi al-Qassam
[MAP] Kami melihat apa yang berlaku hari ini di Semenanjung Gaza adalah satu-satunya jawapan(muqawamah) yang wajar dijadikan inisiatif untuk mempertahankan hak-hak Palestin dalam Persidangan Kemuncak Negara-negara Arab yang dijadualkan berlangsung pada esok hari di bandar Sirt, Libya(27-03-2010, Sabtu).
Mungkin hikmah apa yang berlaku hari ini merupakan noktah penyelesaian permasalahan yang berlaku di Palestin..Wallahua'lam.
0 comments:
Catat Ulasan