Pelampau rempuh masuk ke halaman Al-Aqsa
20 Februari 2012
Jam 10:40 pagi, waktu Mesir
BAITULMAQDIS - Sekumpulan warga haram(Israel) yang diiringi tentera penjajah telah merempuh masuk ke halaman Masjid Al-Aqsa pagi ini(Isnin, 20/02/2012).
Saksi kejadian menyatakan, warga haram dalam lingkungan 7 orang yang dibahafikan kepada dua kumpulan telah memasuki ke halaman Masjid Al-Aqsa melalui Bab Al-Magharibah, sebelah tembok barat Masjid Al-Aqsa.
Jelas lagi dari saksi, kumpulan pertama yang merempuh masuk terdiri dari 4 orang dan kumpulan kedua tiga orang. Kelihatan kedua-dua kumpulan ini meninjau di sekitar halaman dan penjuru Masjid Al-Aqsa sambil dikawal ketat oleh tentera penjajah.
Manakala dari sudut lain, polis penjajah yang berkawal di pintu luar utama Masjid Al-Aqsa telah menahan kad pengenalan pemuda-pemuda Palestin sewaktu memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa. Mereka diberikan kad khas sebagai ganti sementara dan mewajibkan kad pengenalan dituntut semula sebaik sahaja keluar dari Masjid Al-Aqsa.
Sebagaimana dinyatakan, kebanyakan pemuda-pemuda yang diberikan kad identiti khas semalam telah dibawa ke balai polis yang dikenali 'القشلة' terletak di kawasan Bab Al-Khalil, Kota Lama.
Palestin berkawal hadang rempuhan penjajah
Laporan yang diterbitkan pagi semalam berhubung cubaan merempuh masuk ke Masjid Al-Aqsa, seramai puluhan warga haram Israel berkumpul berhampiran titi Al-Magharibah di sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang menyambungi Bab Al-Magharibah. Sementara itu, sejumlah besar polis penjajah dikerahkan bagi mengawal keselamatan sewaktu warga haram memasuki ke Al-Aqsa, namun hal terbabit telah mengakibatkan meletusnya pertempuran dengan ratusan rakyat Palestin yang sedang berkawal dalam Masjid Al-Aqsa.
Menurut rakyat Palestin, tiga tentera penjajah cedera ekoran pertempuran yang berlanjutan selama beberapa jam pagi semalam.
SAFA turut menjelaskan bahawa rakyat Palestin yang sedang berkawal telah memaksa(hadang) 120 tentera penjajah berundur keluar dari halaman-halaman Masjid Al-Aqsa. Pada waktu yang sama, puluhan lagi rakyat Palestin (penduduk asal BaitulMaqdis) dan penduduk Palestin dalam jajahan 1948 cuba bertindak memasuki Al-Aqsa untuk bergabung dengan saudara-saudara mereka yang berada dalam kawasan Masjid Al-Aqsa.
Berikutan itu, tiga wartawan Palestin telah ditahan tentera penjajah sewaktu membuat liputan di Masjid Al-Aqsa. Seramai empat pemuda Palestin juga ditangkap semasa berada di salah sebuah pintu Masjid Al-Aqsa, Bab Al-Qatanain.
Menurut saksi lagi, tentera penjajah memukul seorang pemuda Palestin dan menangkapnya biarpun darah sedang menitis dari kepalanya malahan tentera penjajah enggan membawa pemuda berkenaan ke hospital.
Pihak berkuasa penjajah juga tidak membenarkan mana-mana penduduk Palestin di bawah umur 48 tahun dari memasuki Masjid Al-Aqsa.
Yayasan Yahudi gesa rempuh masuk ke Al-Aqsa
Rentetan rempuhan, beberapa buah yayasan pelampau Yahudi, terutamanya حركة أمناء الهيكل telah menggesa supaya memasuki halaman Al-Aqsa pada hari Ahad. Sedemikian itu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuil yang didakwa wujud.
Gerakan ini mempelawa orang Israel dengan tema, "Marilah kita naik ke Bukit Haikal agar tindakan kita ini dapat menguatkan kedaulatan Yahudi".
Sebuah pusat info Palestin turut menyebut, dua gerakan Yahudi; حركة أمناء الهيكل dan دبل سليمان memilih hari Ahad sebagai hari rempuhan Al-Aqsa serta mendirikan ritual talmud di sekitar halaman Masjid Al-Aqsa. Matlamat itu adalah untuk mengesahkan lagi kedaulatan Yahudi, juga mendokong pengukuhannya sebagai jalan permulaan untuk menguasai sepenuhnya Masjid Al-Aqsa dan membina kuil yang didakwa wujud. Sumber 20/02/2012, web berita Safa.ps dan 19/02/2012, web berita Safa.ps