Kali pertama Israel berjaya melancarkan anti-roket ‘Iron Dome’
27 Mac 2011
Pelancaran menempatkan penangkis peluru berpandu ini di kawasan gurun diharapkan dapat mula beroperasi pada hari Ahad ini. IDF menggambarkan langkah 'percubaan' sebagai tambahan bahawa sistem ini sahaja tidak cukup untuk mempertahankan Israel.
Oleh: Pfeffer Anshel dan Perkhidmatan Haaretz
Angkatan Pertahanan Israel(IDF) pada hari ini(Ahad) dikerahkan untuk memasang ‘Iron Dome’ iaitu sistem anti-roket(gambar kiri) untuk pertama kalinya di selatan Israel(tanah jajahan 1948). Tambahan dari radio Israel, beberapa hari lagi, bateri yang kedua akan ditempatkan di kawasan Askalan.
Memetik laporan berita media Arab yang berpusat di London, Al-Quds Al-Arabi, jurucakap tentera di Tel-Aviv ketika mengulas kepada agensi berita Jerman memberitahu, sistem penangkis ini akan dipasang di kawasan gurun, luar dari bandar Beer Sheva(Bi'ru Sabie'). Waktu dijadualkan pada jam 1 petang(waktu Greenwich).
Minggu lalu yang penuh dengan serangan roket dan serangan mortar telah menimbulkan ketakutan akan muncul perang baru, serta-merta memaksa ketenteraan Israel melancarkan sistem yang menelan kos USD200 juta.
Sebagaimana ditugaskan, askar daripada unit pertahanan udara Israel Air Force mula memasang sistem tersebut, iaitu komponen bateri - yang merangkumi pelancar, radar, sistem kawalan dan monitor , masing-masing ditempatkan dalam jarak beberapa kilometer antara satu sama lain di kawasan gurun.
IDF mengatakan sistem tersebut akan beroperasi pada Ahad ini, namun telah dijelaskan langkah ini sebagai sebagai "operasi percubaan," seperti yang dijelaskan Pengawai Operasi bahawa operasi penggunaan ‘Iron Dome’ yang sebetul-betulnya akan mengambil masa.
Tentera berkata bahawa lebih banyak anti-peluru berpandu akan ditempatkan di lokasi yang lain di selatan Israel, tapi tidak tahu bilakah masanya.
Gambar(petikan Al-Jazeerah): Sebahagian dari komponen sistem anti-roket 'Iron dome'.
Sistem yang dibangunkan Israel menggunakan kamera dan radar untuk mengesan roket yang masuk dan seterusnya akan menembak roket tersebut yang dilancarkan beberapa saat selepas tembakan.
Pegawai keselamatan mengatakan serangan baru dari serangan roket Jalur Gaza(ada menyebut Semenanjung Gaza, Genting Gaza) dan desakan awam telah mendorong tentera untuk melancarkan sistem ini. Syarat untuk pegawai keselamatan bercakap tidak boleh didedahkan nama kerana mereka tidak dibenarkan untuk membincangkan keputusan operasi.
Jurucakap IDF, Kapten Barak Raz mengatakan sistem ini masih berada di tahap penilaian, sepertimana sistem baru yang lain.
Tentera Udara Israel telah menekankan bahawa dua bateri yang pertama tidak akan cukup, dan sekurang-kurangnya tiga lagi akan diperlukan untuk memberikan pertahanan yang cukup dari serangan roket Gaza.
Menteri Perumahan, Matan Vilnai berkata kepada Radio tentera darat pada hari Ahad bahawa setelah sistem ini dilancarkan, ‘Iron Dome’ masih belum dapat memberikan perlindungan penuh kepada penduduk selatan Israel.
Berhubung dengan itu, sumber dari keamanan Israel menyatakan jika keadaan terdesak, sistem anti-roket ini akan dipindahkan ke kawasan yang lain.
Jelas radio Israel, ujian(eksperimen) ke atas sistem anti-roket akan dijalankan hari ini melibatkan kesemua bandar-bandar yang menjadi sasaran serangan roket, iaitu Beer Sheva, Ushdud, Askalan dan Kiryat Ghat.
1. Isyarat perang baru, sistem tidak berfungsi, laporan pada 09/01/2011
2. إسرائيل تنشر نظام دفاع صاروخي
نشر القبة الحديدية ببئر السبع3
Di akhir minggu ini, kumpulan bersenjata Palestin telah menembak puluhan roket ke atas Israel, lalu Israel menyerang semula dengan serangan udara Israel ke atas kawasan-kawasan sasaran di Semenanjung Gaza. Tentera Israel mengambil perhatian secara serius terhadap tentangan ini, kemungkinan memaksa melancarkan operasi ketenteraan berskala besar. Pada bulan Disember 2008, Israel telah menyerang Gaza sebagai serangan balas ke atas kumpulan bersenjata Palestin yang melancarkan roket dan mortar terhadap warga Israel di sebelah selatan. Perang Gaza ini mengorbankan 1,400 penduduk Palestin. Di antaranya lebih daripada 900 orang awam, dan menyebabkan kemusnahan yang besar. Tiga belas warga Israel juga maut dalam perang tahun lalu.
Walaupun Israel mengatakan HAMAS mengalami kerugian yang besar dalam perang itu, namun sebahagian besarnya telah berdaya dibaik pulih serta mempunyai stok simpanan senjata yang lebih kuat dari jangkaan.
Juga pada hari Ahad, Tentera Udara Israel menyasarkan dua penduduk Gaza dan mencederakan tiga lagi yang cuba melancarkan roket ke Israel.
Serangan itu berlaku sehari selepas kumpulan pembebasan Palestin di Gaza bersetuju bahawa mereka akan menghentikan serangan roket di Israel sekiranya IDF juga menghentikan serangan. Sumber 27/03/2011, web berita haaretz