الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kami telah sampaikan pesanan keras kepada Israel - Duta Mesir

09 Disember 2011

Laporan jam 06:13 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 06:13 malam, waktu Mesir

GAZA - Sumber agensi berita SAFA telah mendedahkan dari beberapa sumber Palestin pada malam ini bahawa Duta Republik Arab Mesir ke Pemerintah Palestin Ramallah, Yaseer Osman(gambar) telah mengutuskan surat kepada Ketua Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh mengesahkan kepada beliau, Mesir telah menyampaikan pesanan keras kepada Israel(rejim zionis).

"Kami telah menyebut merekalah(Israel) yang bertanggungjawab mengakibatkan pertentangan ini," kata Duta Mesir dalam suratnya.

Beliau menyatakan, Kaherah ada mewujudkan gesaaan antarabangsa bagi memberi tekanan kepada rejim zionis kerana penentangan yang dilakukannya hanyalah strategi untuk menggagalkan perjanjian(dokumen) penukaran tahanan-tawanan dan usaha baik pulih dalaman Palestin(perdamaian sesama Palestin) dan mencampuri sesuatu masalah dengan masalah yang lain(mengalih isu).

Dengan atas nama Kedutaan Mesir, Menteri Luar Mesir dan Kerajaan Mesir, beliau mengucapkan takziah kepada penduduk Palestin yang syahid dalam serangan-serangan Israel.

Sementara itu, Ismail Haniyeh(gambar: arkib AL-JAZEERAH) turut mengesahkan dalam kenyataan beliau selepas solat Jumaat bahawa pihaknya kerap menghubungi beberapa pihak, Arab dan antarabangsa bagi menghentikan serangan Israel di Gaza yang mengakibatkan tiga syahid dan hampir 20 penduduk Palestin cedera dalam masa 24 jam(pada waktu itu). Terkini, jumlah syahid telah meningkat kepada empat berikutan mangsa yang luka kritikal telah syahid beberapa jam yang lalu.

Beliau menerangkan tentangan Israel akan didahului dengan ancaman serta ugutan dari pemimpin politik atau ketenteraan, lalu ia diterjemahkan dengan cara pengeboman rambang, bunuh secara sengaja dan menyerang secara langsung.

Ketua Kerajaan Palestin di Gaza menganggap penentangan ini menunjukkan rancangan niat jahat Israel terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza. Nyata beliau, penentangan ini akan gagal sebagaimana siri-siri serangan sebelumnya bila berhadapan dengan penentangan dan ketabahan penduduk Palestin.
__________________________________________
Baca lagi:

Pagi tadi ayahnya syahid, kini giliran Ramadhan

__________________________________________

Berhubung usaha berterusan Mesir, kata Duta Mesir, pada pagi Jumaat, Mesir terus giat berusaha dan menghubungi semua pihak bagi meredakan suasana serta mengembalikan keadaan tenang di Semenanjung Gaza dalam masa beberapa jam akan datang.
__________________________________________
Baca lagi:

Hubungi semua pihak supaya tetap bertenang - Duta Mesir

__________________________________________

Beliau mengungkapkan harapannya agar usaha Mesir ini berjaya. Tambahan lagi, turut wujud rasa optimis tetapi berjaga-jaga kerana Mesir tidak dapat menjamin sikap dan tindak balas Israel.

Jelas beliau, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(sumber lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) mengurus perkara ini penuh bertanggungjawab serta memahami usaha Mesir berterusan meskipun mereka berada di pihak yang mempertahankan diri, namun mereka dapat memahami dan sedar dengan perancangan Israel yang bertujuan mengheret Gaza ke kancah pertumpahan darah. Sumber 09/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita AL-JAZEERAH

Read more...

Pagi tadi ayahnya syahid, kini giliran Ramadhan

Laporan jam 07:35 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 07:35 malam, waktu Mesir

GAZA - Setelah menempuhi luka yang kritikal, seorang kanak-kanak, Ramadhan Bahjat Al-Za'lan(gambar) yang berusia 12 tahun telah syahid malam ini. Ramadhan bersama 13 lagi orang awam menjadi mangsa pengeboman pesawat F-16 apabila rumahnya yang terletak berdekatan pengkalan tentera(tempat latihan) KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM runtuh ekoran serangan kuat dari pesawat zionis awal pagi Jumaat. Ayah mangsa, Bahzat Al-Za'lan, 38 syahid serta-merta awal pagi tadi.
_____________________________________________
Baca lagi:

Serangan terbaru zionis mengakibatkan syahid dan 12 cedera



Klip berita di atas(minit pertama) melampirkan kesan pengeboman
pesawat F-16 zionis yang mengakibatkan
seorang syahid, dan 12 lagi cedera awal pagi Jumaat.

Sumber 09/12/2011, berita AL-JAZEERAH

_____________________________________________

Demikian itu, sumber perubatan, Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata kepada pemberita SAFA malam ini, seorang kanak-kanak, Ramadhan Al-Za'lan telah menghembuskan nafas terakhir setelahmana melalui luka kritikal yang dialaminya awal pagi Jumaat.

Sehingga kini(sejak tengahari semalam, 08/12/2011), jumlah penduduk Palestin yang syahid ekoran serangan-serangan udara zionis di Gaza meningkat kepada empar orang yang syahid, dua darinya adalah anggota pejuang dan penduduk yang mengalami kecederaan seramai 16 orang. Sumber 09/12/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

Iron Dome pintas roket kelima

Laporan jam 05:32 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 05:32 petang, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Web berita Israel "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) versi hebrew melaporkan bahawa empat roket telah menyerang kawasan Be'er Tuvia berdekatan dengan bandar Ashdod, sambil mendakwa serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang luka parah ataupun kemusnahan harta benda.

YNET menjelaskan, Iron Dome(penangkis roket jarak dekat) yang dipasang di bandar Ashdod berupaya memintas serangan roket yang kelima.

Dari sudut lain, sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH, iaitu kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah mengumumkan pelancaran 'aliran-aliran roket' pada petang Jumaat tadi.

Sedemikian itu, ALWIYAH menyebut pihaknya telah mengebom sebuah lokasi tentera zionis, Isnad Sufa dengan tiga peluru mortar 'hawn' dan empat peluru mortar 'hawn' ke atas lokasi tentera zionis di Kerem Shalom(Karem Abu Salem).

Gambar di atas: Sekumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

Gambar di sebelah kiri: Sistem penangkis roket jarak dekat(Iron Dome).


Berhubung serangan roket, tentera rejim zionis turut mengumumkan sejak dari pagi tadi sehingga waktu asar, sebanyak lima serangan roket gugur di Sha'ar HaNegev(sebelum ini ejaan She'er Henegev) di Naqab(Negev), bandar Ashkelon dan Ashkul. Sumber 09/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

YNET: 5 roket gugur di Naqab dan Ashkelon

Laporan jam 09:55 pagi, waktu Palestin(tanah jajahan 1948)
Jam 08:55 pagi, waktu Mesir
Kemaskini jam 01:15 petang, waktu Mesir

Kemaskini akhir jam 04:15 petang, waktu Mesir

TANAH JAJAHAN NAQAB - Sumber dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew menyebut pagi ini bahawa satu roket gugur di sebuah kawasan tanah lapang dalam penempatan zionis, Sha'ar Hanegev, sebelah barat Naqab(Negev). Menjelang waktu tengahari, tiga lagi serangan roket menyerang Sha'ar Hanegev dan bandar Ashkelon. Satu lagi serangan roket pula gugur di Eshkol sebelum waktu Asar petang.

Gambar(EPA): Seorang kanak-kanak kecil Palestin yang menjadi mangsa pengeboman zionis awal pagi tadi, ayahnya, Bahzat Al-Za'lan telah syahid.

Berikutan serangan roket, siren kecemasan berbunyi sebaik sahaja roket jatuh dalam kawasan berkenaan. Bagaimanapun, tidak mencatatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda, menurut YNET.

Pelancaran tembakan peluru roket sejak petang semalam adalah berupa tindakan serang balas dari pejuang Palestin terhadap serangan zionis yang membunuh dua pejuang Palestin dan mencederakan sebilangan penduduk Palestin.

Perangkaan terkini sepanjang serangan zionis di Gaza dalam masa hampir 24 jam, seramai 3 penduduk palestin syahid, dua darinya pejuang Palestin. Manakala jumlah penduduk Palestin yang cedera, termasuk kritikal seramai 17 orang, sebahagian besarnya adalah kanak-kanak.

Sumber dari tentera rejim zionis pula menyebut, sebanyak 8 serangan roket telah dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke bandar-bandar dan penempatan Israel(kawasan tanah jajahan 1948).

Gambar(AFP): Rumah keluarga Al-Za'lan yang musnah teruk akibat letupan kuat dari serangan pesawat F-16 zionis ke atas pengkalang tentera(tempat latihan) KATAIB SYAHID IZZUDIN AL-QASSAM yang berhampiran.

Berikutan serangan zionis pada awal pagi tadi yang mengakibatkan seorang penduduk Palestin syahid dan 12 lagi cedera, sumber tentera zionis menyatakan serangan terbabit adalah bagi membalas serangan roket dari Gaza.

Berhubung kejadian serangan sepanjang 24 jam yang menukil rumusan dari pemberita AL-JAZEERAH dan web-web berita Palestin, serangan zionis ini menimbulkan motif lain kerana pejuang-pejuang Palestin tidak melepaskan langsung serangan roket sebelum pesawat zionis menyerang. Begitu juga, kejadian serangan yang dilancarkan pesawat zionis pada 07/12/2011 juga tidak ada langsung sebarang serangan roket pejuang ke daerah-daerah jajahan.

Serangan-serangan zionis di Gaza terhenti seketika selepas serangan awal pagi tadi. Namun, pesawat-pesawat tempur; pengintip dan F-16 terus berlegar-legar secara tidak putus-putus di ruang udara Semenanjung Gaza. Hal ini memberikan peringatan bahawa kemungkinan akan berlaku lagi serangan, lapor pemberita AL-JAZEERAH pada jam 11:15 pagi, waktu Mesir. Sumber 09/12/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

Serangan terbaru zionis mengakibatkan syahid dan 12 cedera

Laporan jam 02:11 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 02:11 pagi, waktu Mesir
Jam 08:11 pagi, waktu Malaysia

SEMENANJUNG GAZA - Pesawat rejim zionis melancarkan serangan berantai di awal pagi Jumaat ke atas beberapa sasaran di Semenanjung Gaza.

Sehingga laporan ini ditulis, serangan udara dari pesawat F-16 zionis mengakibatkan seorang penduduk syahid. Penduduk yang cedera pula seramai 12 orang, kebanyakannya adalah kanak-kanak.

Sumber perubatan, Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, pengeboman zionis menyebabkan seorang penduduk berusia 38 tahun dikenali Bahjat Al-Za'lan syahid, tujuh kanak-kanak cedera, dua darinya yang berusia sekitar 10 dan 12 tahun kritikal.

Tambah beliau, dua orang wanita dari keluarga yang sama turut tercedera. Pasukan perubatan dan penyelamat bergegas ke lokasi yang dibom serta merawat lima yang cedera di lokasi berkenaan dan selebihnya dibawa ke hospital.

Berhubung serangan, penyampai berita agensi SAFA berkata, pesawat zionis telah melancarkan tiga serangan peluru misil ke atas pengkalan dan lokasi pejuang Palestin. Sebuah pengkalan pejuang Palestin yang dibom terletak di belakang Menara Al-Muqawwisi, bandar Gaza, lantas mengakibatkan kemusnahan besar. Sebuah rumah berhampiran dengan lokasi sasaran milik keluarga 'Al-Za'lan'. Kesemua yang berada di dalamnya cedera, malahan ada yang syahid ekoran rumah tersebut runtuh ekoran letupan yang terlalu kuat.
___________________________________________
Baca lagi:

2 pejuang syahid, 2 penduduk cedera
Zionis mengebom timur zaitun, Al-Aqsa balas ke Naqab
Lancar roket grad ke Beersheba dan Ofakim

___________________________________________

Seiringan serangan ini, pesawat zionis mengebom pula sebuah kawasan lapang di zon yang telah terbebas(kawasan penempatan zionis yang ditinggalkan pada tahun 2005), barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Serangan awal pagi ini kesinambungan dari serangan tengahari semalam yang mengakibatkan dua pejuang Palestin syahid, iaitu pejuang dari unit AIMAN JUDAH dan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Lagi dua serangan roket gugur di tanah jajahan

Menjelang pertengahan malam tadi, pejuang Palestin masih meneruskan serangan roket ke daerah-daerah dan lokasi zionis di tanah jajahan.

Sumber menukil dari media Israel versi hebrew, YEDIOTH AHRONOTH(YNET) melaporkan dua lagi serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur di dua kawasan tanah lapang berdekatan bandar Ashkelon, selatan tanah jajahan 1948. Bagaimanapun, serangan itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau menjejaskan harta benda. Sumber 09/12/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS