الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

[Karikatur] Kuartet Timur Tengah

01 Jun 2011

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Kuartet Timur Tengah

Kuartet Timur Tengah diasaskan bertujuan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Gagasan penubuhan ini wujud dari bekas Perdana Menteri Spain, José María Alfredo Aznar López. Ruangan ini sengaja mahu membangkitkan bahawa benarkah kuartet ini mengamalkan sikap double-standard terhadap Palestin sedangkan Israel telah memperolehi hak yang bukan haknya?


Read more...

Nelayan selamat, sampan ditunda ke pantai

Laporan jam 10.48 malam, Palestin/Mekah
Jam 09.48 malam, Mesir

GAZA - Seorang nelayan Palestin terselamat dari maut yang hampir pasti malam ini setelahmana sebuah bot laju tentera laut zionis melanggar sampan yang dinaikinya ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut lepas, bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza(ada menyebut Jalur Gaza dan Genting Gaza).

Pemberita Safa menukilkan kenyataan dari seorang nelayan yang mengesahkan bahawa bot laju zionis dengan tiba-tiba menghampiri sampan nelayan ketika menangkap ikan. Ketika itu, jelas nelayan terbabit, jarak tempat menangkap ikan dengan perairan pantai teramat dekat. Kemudian bot laju zionis menyerang sampan nelayan, Ahmad Abu Salmiah, 20 mengakibatkan sampan terbalik dan Ahmad tenggelam.

Peta: Januari 2009, perjanjian keamanan yang dipersetujui dua Menteri Luar Israel(Tsipi Livni) dan Menteri Luar Amerika(Condolezza Rice) yang menetapkan jarak nelayan Gaza menjalankan aktiviti penangkapan ikan sejauh 3 batu nautika dari persisiran pantai(lingkaran merah). Perjanjian ini sempena perang Gaza, akhir 2008-awal 2009.

Setelah kejadian, nelayan-nelayan lain segera bergegas ke lokasi kejadian serta menjauhkan bot laju zionis dari lokasi itu. Nelayan lain berjaya menarik keluar Ahmad serta menunda sampannya ke pantai.

Laporan Safa menyatakan, mangsa kejadian, Ahmad Abu Salmiah menerima rawatan biasa dari kalangan nelayan di pantai dan kesihatannya beransur-ansur pulih.

Sebaik sahaja serangan dari bot laju zionis, beberapa orang lagi nelayan meninggalkan tempat menangkap ikan khuatir nyawa mereka terancam. Kedapatan nelayan yang lain masih menjalankan aktiviti menangkap ikan yang tidak jauh dari persisiran pantai.

Kejadian sengaja seumpama ini yang dilakukan bot laju zionis boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari di laut Gaza. Sedemikian itu, zionis mendakwa para nelayan Palestin di Gaza melangkau dari jarak yang dibenarkan menangkap ikan, iaitu sejauh 3 batu nautika dari persisiran pantai. Sumber 01/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Tangkap 5 Palestin, penjajah menangkap foto bangunan tidak berpenghuni

Laporan jam 08.32 pagi, Palestin/Mekah
Jam 07.32 pagi, Mesir

TEBING BARAT - Seramai 5 orang penduduk Palestin dari Nablus, Ramallah dan Qalqiliah telah ditangkap tentera rejim penjajah awal pagi tadi.

Kejadian yang dilaporkan, tentera rejim penjajah telah merempuh masuk ke beberapa buah rumah penduduk Palestin pada waktu awal pagi dan melakukan penangkapan. Jelas sumber, kesemua yang ditangkap telah dibawa ke bahagian siasatan rejim penjajah.

Salah satu kejadian rempuhan, Safa melaporkan bahawa hampir 7 buah jip peronda rejim penjajah merempuh masuk ke kampung 'Awarta(peta) di timur Nablus, Tebing Barat.

Berhubung kejadian itu, Ketua majlis kampung menyatakan tentera rejim penjajah yang menceroboh ke pertengahan daerah tersebut turut menangkap beberapa keping foto bangunan-bangunan lama khusunya bangunan yang tidak berpenghuni. Sumber 01/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Netanyahu: BaitulMaqdis tidak boleh dibahagikan

Laporan jam 03.27 pagi, Palestin/Mekah
Jam 02.27 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Selepas ini bandar BaitulMaqdis tidak boleh dibahagi-bahagikan, demikian kata Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu(gambar) yang berjanji meneruskan lagi penempatan zionis dan peyahudian ke atas BaitulMaqdis.

Ketika berlangsungnya karnival di salah sebuah akademi agama Yahudi di BaitulMaqdis, Netanyahu mendakwa wujudnya beberapa lokasi dan kawasan bersejarah yang membuktikan hubungkait tanahair ini dengan masyarakat Yahudi.

BaitulMaqdis bandar bersejarah

Menukil kenyataan Syeikh Akramah Sabri, Pengerusi Majlis Tertinggi Islam dan khatib Masjid Al-Aqsa dari web berita Al-Jazeerah bahawa penjajah telah cuba berusaha mencari kesan Yahudi. Bagaimanapun, tiada satu ketulan bongkah batu yang menunjukkan hubungkait dengan Yahudi berikutan sedemikian, pada tahun 1967, penjajah telah menggali sebuah halaman di dinding buraq dengan kedalaman 10 meter tetapi juga tidak menemui asas sejarah Yahudi. Sebaliknya yang ditemui hanyalah bongkah batu peninggalan Kerajaan Rom.

Gambar(Al-Jazeerah): Baik pulih atau mengubah yang dilakukan Israel di Bab Al-Amoud.

Beliau menggesa pertubuhan antarabangsa UNESCO yang telah mengumumkan BaitulMaqdis bandar bersejarah pada tahun 1981 agar campur tangan demi menghentikan kerja-kerja yang memusnahkan kesan peninggalan sejarah ini.

Kata beliau, jika penjajah benar-benar mahu membaik pulih dinding-dinding maka seharusnya memanggil juga pakar-pakar arkeologi dari UNESCO dan Waqaf Islam bagi mengawasi kerja-kerja sedemikian, tetapi pada hakikatnya penjajah bersendirian mengubah kedudukan geologi serta memusnahkan peninggalan sejarah Islam sepertimana kawasan tanah perkuburan Al-Umawiyyah di selatan Masjid Al-Aqsa dan juga kesan peninggalan di Silwan.

Gambar(Al-Jazeerah): Bintang Daud di bongkah dinding berdekatan Bab As-Sahirah.

Syeikh Akramah turut membawa contoh bahawa usaha mengubah identiti peninggalan sejarah Islam seiring dengan pembinaan penempatan Israel yang tidak pernah henti walaupun sehari. Jelas beliau, penjajah mengambil peluang ketikamana dunia Arab disibukkan dengan revolusi-revolusi bagi melaksanakan perluasan rancangan-rancangan penipuan.

Usaha mengubah

Berhubung konteks yang berkait, Pengerusi Waqaf Islam, Azzam Al-Khatib menjelaskan apa yang dilakukan oleh Israel adalah sebahagian dari usaha sepihak(penjajah sahaja) bagi mengubah kedudukan dan identiti bandar.

Logo UNESCO

Beliau menyebut kepada Al-Jazeerah bahawa Waqaf Islam telah mengemukakan berhubung perlanggaran yang dilakukan penjajah kepada Jordan. Demikian itu, Jordan yang berhubung dengan pertubuhan UNESCO telah memantau kerap perkembangan ini.

Perarakan membawa simbol penyatuan

Lapor Safa, pada hari ini, beberapa upacara yang berlainan akan diadakan di BaitulMaqdis sempena hari yang dinamakan oleh Yahudi 'memperingati penyatuan Al-Quds' dan antara yang utama, perarakan membawa bendera sebagai simbol penyatuan di beberapa jalan di bandar BaitulMaqdis selepas waktu zohor.

Gambar(Al-Jazeerah): Azzam Al-Khatib

Berikutan itu, tentera rejim penjajah dan polis penjajah dikerahkan keseluruhan BaitulMaqdis. Kerahan itu tidak mengecualikan bahagian timur, iaitu BaitulMaqdis Timur(timur Al-Quds). Sumber 01/06/2011, web berita Safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS