الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Bantahan di KL simpati terhadap tahanan Palestin

12 Mei 2012

Sebahagian dari peserta mogok
Laporan jam 01:11 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:11 petang, waktu Mesir
Jam 06:11 petang, waktu Malaysia

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebudayaan Palestin-Malaysia telah mengadakan mogok bantahan di hadapan pejabat-pejabat cawangan PBB(United Nations) di Kuala Lumpur(KL), ibunegara Malaysia. Demikian itu, mogok ini sebagai simpati bersama para tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara penjajah.

Turut serta mogok, puluhan dari wakil-wakil yayasan dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) di Malaysia.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan, Muslim Abu Omar dan peserta yang menyertai mogok telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tertinggi PBB di Kuala Lumpur yang menggesa supaya mengambil langkah pro-aktif bagi menghentikan dasar penindasan Israel terhadap para tahanan Palestin dalam penjara-penjara penjajah.
Halaman rasmi UN Malaysia
Para peserta mogok mendesak masyarakat antarabangsa dan badan-badan Hak Asasi Manusia peringkat antarabangsa memberikan sepenuhnya perhatian kepada isu ini. Tambahan pula, para tahanan Palestin sedang bertempur dengan mogok lapar atau nama khusus 'معركة الأمعاء الخاوية' yang telah pun memasuki minggu ketiga.

Mereka yang mengadakan mogok di hadapan pejabat-pejabat PBB melaungkan kemenangan kepada para tahanan Palestin dengan mengangkat gambar-gambar serta banting bagi menyatakan simpati terhadap tahanan Palestin serta mengutuk perlanggaran(penindasan) yang dilakukan oleh Israel. Sumber 12/05/2012, web berita Safa.ps 

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS