الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Roket menyerang selepas dua serangan zionis di Gaza

16 Mac 2012

Laporan jam 09:41 pagi, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Media-media massa hebrew menukilkan bahawa satu serangan roket gugur pagi ini di Penempatan Eshkol yang terletak dari arah timur Semenanjung Gaza. Jelas sumber Israel, serangan roket itu selepas dua jam Israel melancarkan dua serangan udara di Gaza.

Radio Israel berkata, angkatan tentera udara Israel telah menghentam dua sasarannya ke atas kawasan tanah lapang di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Sumber berkenaan menukil aduan dari warga-warga zionis di beberapa daerah dan Kibbutz mengatakan mereka terpaksa berada di tempat perlinsungan sewaktu serangan roket yang tidak henti-henti meskipun telah setuju gencatan.

Sehingga hari ini, sumber Israel menyebut pengajian di bandar-bandar selatan tanah jajahan 1948 masih tertangguh.

Perdana Menteri rejim zionis selaku Menteri Strategik, Moshe Ya'lon berkata semalam ketika berada dalam satu perjumpaan dengan ketua-ketua daerah, "serang balas Israel ke atas serangan roket tidak lagi memadai dan serangan roket yang berterusan ini satu perkara yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja, kami ingin menegaskan bahawa kami akan menghentikan provokasi-provokasi ini dengan balasan yang keras," kata Ya'lon.

Semalam, media massa Israel memperincikan data mengenai serangan-serangan Israel di Gaza serta tindak balas dari pejuang-pejuang Palestin. Data seperti berikut:

Palestin

- 169 peluru mortar gugur di lokasi-lokasi yang berada dalam jajahan Israel.
- Seramai 26 penduduk Palestin syahid dan 91 lagi cedera.
- Pejuang Palestin melancarkan hampir 300 serangan roket.

Rejim zionis

- 15 warga zionis cedera dan ada yang kritikal sementara dua lagi pertengahan dan 12 orang cedera ringan.
- 56 peluru telah ditangkis oleh sistem penangkis roket(iron dome system).
- Kos satu peluru penangkis roket bagi menangkis setiap serangan roket ataupun mortar yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza menelanja belanja sebanyak 315 ribu Shekel(ILS). Kos kesemuanya berjumlah 17.6 juta Shekel(ILS) bagi menangkis jumlah serangan roket/peluru yang telah disebutkan.
- Kos penerbangan pesawat tempur tanpa peluru berjumlah 98 ribu Shekel(ILS) per jam.
- Kos penerbangan helikopter perang berjumlah 46 ribu Shekel(ILS) per jam tanpa dibekalkan sebarang peluru.
- Manakala kos peluru misil 'GBS' bernilai 25 ribu Shekel(ILS). Perangkaan kos peluru misil ini sewaktu perang Gaza 2009 sebanyak 144 juta Shekel(ILS). Belanjawan umum perang Gaza yang berlanjutan selama 23 hari sebanyak 2.5 bilion Shekel(ILS)
- Web berita YNET menyebut, sebanyak 16 roket 'grad' berjaya memintas sistem penangkis roket dan angkatan tentera udara Israel mengebom 27 buah sasarannya. Sumber 16/03/2012, web berita Safa.ps dan 15/03/2012, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS