الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Bersama Pegawai Hal Ehwal Kemanusiaan OIC dari Semenanjung Gaza

03 September 2012

KAHERAH, 29 Ogos - Komuniti Mini Pavilion telah menerima kunjungan daripada wakil Pertubuhan Kerjasama Islam atau Organisation Of Islamic Cooperation (OIC) di Gaza iaitu Encik Muhammad Yusuf Hasna dan Koordinator MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) di Gaza iaitu Encik Mohab Omawi berserta keluarga. 

Hasna
Encik Muhammad Yusuf Hasna yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Kemanusiaan OIC di Gaza tiba di Kaherah pada 26/8/2012 manakala Encik Mohab Omawi pula tiba pada 27/8/2012.

Di kesempatan keberadaan mereka di sini, Komuniti Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP) telah menganjurkan program wawancara bersama Encik Muhammad Yusuf Hasna bagi memberi penerangan yang lebih jelas tentang keadaan di Semenanjung Gaza.

Program yang berlangsung di Rumah Kedah Hayyu Sabik itu turut dihadiri oleh Badan Pengurus PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) iaitu saudara Muhammad Al-Amin bin Hj. Salleh serta wakil dari HEWI PMRAM, saudari Nurlida binti Kelima.

Sebelum bermula slot bersama Mr. Muhammad Yusuf Hasna, Pengarah MAP, saudara Abd Muin bin Abd Manan yang berkesempatan mengikuti rombongan misi kemanusiaan anjuran MAPIM (RRADIG 3) di Gaza tempoh hari sempat berkongsi pengalaman tentang perjalanan beliau di sana.

Wawancara bersama Encik Muhammad Yusuf Hasna bermula dengan pengenalan OIC dan bidang kerja beliau dalam pertubuhan itu.

Apabila ditanyakan tentang krisis-krisis kemanusiaan yang berlaku di Gaza, beliau mengatakan, "kita sebagai saudara seIslam tidak harus memandang isu Palestin ini hanya sebagai krisis kemanusiaan, tetapi harus melihatnya sebagai isu aqidah".

Katanya lagi, itulah antara peranan OIC iaitu untuk meningkatkan kesedaran tentang Islam kepada masyarakat seluruh dunia. Menurutnya lagi, tahap kemiskinan di Gaza adalah sebanyak 38%, dan 20% dari 38% itu adalah rakyat yang miskin tegar.

Dari segi kesihatan, Encik Hasna memberitahu bahawa lebih dari 250 jenis ubat yang tidak ada di sana, oleh kerana itu banyak pembedahan yang tidak dapat dijalankan, antaranya pembedahan tulang dan pembedahan jantung (open heart surgery). Peralatan perubatan yang ada kini kebanyakannya telah tamat tempoh dan ada juga yang beroperasi terlalu lama. Mereka juga menghadapi masalah dalam melatih tenaga-tenaga doktor untuk teknologi baru.

Dalam bidang pendidikan pula, kata beliau, setelah 6 tahun lamanya, kini baru mereka dapat membina sekolah-sekolah baru, dan setakat ini mereka masih memerlukan 180 buah sekolah. Mereka juga memerlukan pusat latihan untuk melatih guru-guru dan memerlukan peralatan baru untuk mengajar.

Krisis utama yang dihadapi sekarang adalah krisis bekalan elektrik dan air. Kata beliau, "rakyat Gaza terpaksa menjalani kehidupan seharian tanpa bekalan elektrik selama 8 jam setiap hari. Bagi sektor kesihatan, ini akan mengganggu pesakit yang menggunakan alat bantuan kesihatan di mana alat-alat tersebut memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi."

Berdasarkan laporan yang baru dikeluarkan oleh OIC, Encik Hasna menyebut, jika keadaan ini tidak diambil tindakan, barangkali Gaza tidak dapat diduduki pada tahun 2020.

Memetik kata-kata encik Muhammad Yusuf Hasna, "Kami (Palestin) memerlukan penyelesaian politik lebih dari penyelesaian kemanusiaan. Dengan adanya penyelesaian politik, kami (rakyat Palestin) boleh membetulkan dan memperbaiki sendiri krisis-krisis (perubatan, pendidikan, bekalan elektrik, air, dan lain-lain) yang berlaku di sana. Apa yang OIC cuba lakukan adalah membantu rakyat Palestin dengan menyediakan peralatan asas dan membawa NGO dari negara luar seperti MAPIM dari Malaysia untuk membantu mereka. NGO-NGO ini bekerjasama dengan rakyat untuk melatih mereka agar dapat memimpin Palestin untuk menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dengan negara lain pada suatu hari nanti. Adalah lebih baik kita mengajar orang untuk menangkap ikan daripada kita memberikannya ikan."

Di akhir wawancara bersama beliau, Encik Hasna mengharapkan agar pemuda-pemuda Islam seluruh dunia menjalankan tangunggjawab masing-masing bagi membantu rakyat Palestin membebaskan Al-Aqsa dari cengkaman Israel. Beliau juga mendoakan agar satu hari nanti Al-Aqsa dapat dibebaskan dan seluruh umat Islam dapat solat bersama-sama di sana, InsyaAllah.

Sumber:
Halaman rasmi HEWI PMRAM

Read more...

Serang pengkalan 'AL-QASSAM' di Gaza Tengah


Laporan jam 01:08 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 12:08 pagi, waktu Kaherah(Mesir)

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) telah menyerang sebuah pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di Gaza Tengah awal pagi ini, Isnin, 02/09/2012, demikian laporan dari web berita PALTIMES dan SAFA.

Penyampai berita dari kedua-dua agensi ini melaporkan bahawa pesawat tempur zionis jenis F-16 melancarkan dua serangan peluru misil ke atas pengkalan tersebut yang terletak berdekatan stesen janakuasa elektrik di Gaza Tengah, lantas mengakibatkan letupan yang kuat sehingga menimbulkan panik di kalangan rakyat awam. 

Serangan ini tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Namun, sebelum ini, pengkalan terbabit telah beberapa kali dibom pesawat zionis.

Sejak awal jam pertama pagi Isnin, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang kerap melintasi ruang udara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, penyampai berita SAFA berkata, pergerakan tidak sebagaimana biasa, jentera-jentera perang zionis termasuk jentolak dilihat berada berhampiran jalan masuk Abu ridah sebelah timur Khuza'ah di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Jip-jip tentera zionis turut tiba di lokasi berkenaan dan kelihatan infantri (tentera pejalan kaki) melakukan operasi intipan dan mengesan sebarang pergerakan di kawasan ini.

Roket gugur di Eshkol

Menukil dari web berita YEDIOTH AHRONOTH (YNET) Israel versi hebrew melaporkan, satu serangan roket telah gugur di Majlis Penempatan Eshkol (penempatan haram), selatan tanah jajahan 1948 yang menghala dari arah timur Semenanjung Gaza pada malam tadi, 02/09/2012.

Sumber dari YNET menjelaskan, serangan roket tidak mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda, pada waktu yang sama hanya siren kecemasan (peringatan) berbunyi di penempatan tersebut. Sumber 03/09/2012, web berita Safa dan Paltimes

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS